TERKINI: Man United Sedia Lepaskan Henderson Januari, Daftar Semula Sergio Romero Sebagai No.2

Manchester United dilaporkan tidak dapat memberikan jaminan kepada Den Henderson untuk aksi pasukan utama.

Dean Henderson pula memerlukan minit perlawanan untuk memintas kedudukan Jordan Pickford sebagai penjaga gol nombor satu England.

Gareth Southgate jelas sekali tidak peduli dengan prestasi Henderson dalam pertandingan piala domestik dan UCL musim ini.

Kerana beliau mahukan pemain itu lebih banyak minit untuk menjadi nombor 1- walaupun dia bermain untuk Man United.

Situasi Henderson tidak sama dengan Sergio Romero beberapa tahun lalu di mana penjaga gol itu masih mampu menjadi nombor 1 di negaranya walaupun bergelar deputy kepada De Gea.

Henderson dikatakan dalam senarai untuk dipinjamkan sekali lagi pada Januari ini. Ianya adalah langkah awal kepada United untuk menjual pemain itu.

Kecuali, pada separuh kedua musim David De Gea beraksi teruk, United masih ada peluang dan ruang untuk mengekalkan Henderson.

Ole Gunnar Solskjaer terus konsisten dengan David De Gea termasuk pada musim lalu di mana penjaga gol itu berdepan dengan penurunan prestasi.

Ini kerana menurut Ole, De Gea tetap penjaga gol no.1 di dunia ketika ini.

Musim ini De Gea dilihat sudah kembali kepada prestasi terbaiknya dan tidak ada tanda tanda De Gea akan melepaskan slot no.1 kepada Henderson.

Dengan mempertimbangkan keinginan Henderson untuk menjadi no.1 di England terutama sekali dalam Euro akan datang, maka opsyen terbaik adalah melepaskan pemain itu sekali lagi pada Januari ini.

Henderson mahu jadi no.1 England

Henderson sangat maklum dengan komen terbaru Southgate sebelum ini. Di mana pengurus antarabangsa England itu kesal kerana tidak ada penjaga gol benar benar serius mencabar Pickford dan beliau tidak boleh sewenang wenang memberikan slot no.1 kepada pemain lain.

Nick Pope juga bergelut dengan prestasi musim ini selepas aksi memukau musim lalu.

Gareth Southgate memberikan sokongan kepada Jordan Pickford dan mengatakan bahawa tidak ada penjaga gol lain yang benar benar serius mencabarnya untuk menjadi No 1 England.

Pickford disisihkan oleh Everton kerana kekalahan Liga Perdana hujung minggu lalu di Newcastle setelah mengharungi beberapa minggu yang sukar.

Pickford antara penjaga gol yang reputasinya terumbang ambing dalam beberapa bulan ini.

Southgate: Serius sikit

Namun, Bos England Southgate terus memberikan sokongannya kepada pemain berusia 26 tahun itu dan mengatakan bahawa dia tetap menjadi penjaga gol pilihan utama untuk perlawanan akan datang menentang Republik Ireland, Belgium dan Iceland.

“Ketika orang mengatakan saya telah setia kepadanya, dia layak mendapatkannya,” kata Southgate.

“Persembahannya untuk kami sangat bagus sehingga tidak menjadi keputusan yang sukar bagi saya.”

“Ada beberapa pesaing. Namun saya rasa tidak ada orang sedang mencabar dengan serius pada masa ini untuk menolaknya keluar dari kedudukan itu.”

“Dari segi bagaimana kelabnya menjaganya, dia memiliki pengurus yang sangat berpengalaman di sana yang telah menang segalanya dalam permainan ini.”

“Dia berada di tempat yang sangat baik.”

Southgate memanggil Nick Pope dan juga Dean Henderson. Daripada dua nama tersebut, Dean Henderson memutuskan untuk terus berada di Man United yang membuatkannya kekurangan minit perlawanan untuk mencabar Pickford.

Southgate tidak nampak Nick Pope akan menjadi ancaman besar kepada Pickford.

Musim lalu Henderson sangat cemerlang di EPL bersama Sheffield dan beliau dijangka akan merampas kedudukan no.1 di England serta Man United. Malangnya buat masa ini itu tidak berlalu.

Dengan langkah melepaskan Henderson bakal diambil, United akan mendaftarkan semula penjaga gol Argentina, Sergio Romero ke dalam pasukan utama untuk menjadi nombor dua.

Situasi Romero tidak semudah disangka

Agak ironi, kerana sebelum ini isteri Romero meroyan teruk di media sosial dengan menuduh United tidak menghormati dan menghargai jasa suaminya.

Romero yang menjadi penjaga gol utama United dalam pertandingan piala dan Liga Europa musim lalu telah tersisih. Di mana Man United mendaftarkan David de Gea, Dean Henderson dan Lee Grant.

Romero cemerlang membantu United mara ke separuh akhir Liga Europa musim lepas, tetapi pada separuh akhir United memutuskan untuk menurunkan David De Gea.

Pemain tempatan dan ‘homegrown’ akan disenaraikan dalam pasukan B. Mereka termasuk Mason Greenwood, Teden Mengi dan Brandon Williams.

Kegagalan Romero berada dalam pasukan A membuatkan isterinya mengamuk di media sosial.

Eliana berkata: “Sergio Romero bekerja keras untuk kelab ini. Trofi terakhir kelab ini julang adalah bersama dengan dia. Dia membantu pasukan mara ke separuh akhir dan kemudian disisihkan ke bangku simpanan – hanya untuk kehilangan semuanya.”

Ej0K03GVkAUYl_B

“Sudah tiba masanya untuk mereka membalas balik [jasa] dan melepaskannya pergi.”

“Berilah rasa hormat untuk sekali.”

Romero gagal untuk meninggalkan Old Trafford selepas kelab enggan melepaskan beliau secara percuma ataupun dengan harga lebih rendah.

Romero sangat ingin menyertai Carlo Ancelotti di Everton. Namun akibat gagal untuk memuktamadkan perjanjian, Everton akhirnya memutuskan menandatangani penjaga gol AS Roma – Robin Olsen.

Namun situasi Romero di United juga rumit. ESPN melaporkan pemain itu sudah berhasrat untuk pergi pada Januari akan datang.

Romero masih berharap untuk menyertai Everton. Di mana sebelum ini Ancelotti pernah menyisihkan Pickford dan menurunkan Olsen.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.