Premier League mengesahkan bahawa Man City akhirnya didapati bersalah dalam kesalahan yang membuatkan mereka didenda keseluruhan £2.1 juta.
Kesalahan tersebut adalah di bawah artikel L.33 – berkaitan dengan sepak mula dan sepak mula menyambung perlawanan.
Kesalahan dilakukan untuk 2 musim terkumpul iaitu 2022/23 dan 2023/24. Di mana Manchester City dilaporkan telah melakukan 22 kesalahan berkaitan dalam tempoh tersebut. Kesalahan tersebut termasuk membuatkan waktu sepak mula terpaksa dilengahkan.
Manchester City diingatkan bahawa mereka harus menghormati waktu sepak mula yang ditetapkan oleh EPL demi untuk menjaga standard profesional yang ditetapkan dan memberikan kepastian kepada penyokong dan kelab yang bertanding.
Selain itu, Man City juga diberikan teguran kerana sepak mula perlawanan adalah melibatkan siaran langsung di seluruh dunia untuk EPL. EPL mahu memastikan kesemua 380 perlawanan ditayangkan secara global berjalan mengikut jadual dan waktu ditetapkan.
Manchester City dikatakan sudah meminta maaf kepada Premier League dan sudah mengingatkan staf kejurulatihan dan pemain mereka tentang perkara tersebut.
🚨🚨| BREAKING: Manchester City have 'entered into an agreed sanction agreement' with the Premier League for 22 breaches over kick-off delays over last 2 seasons.
The fine is £2.09m, Man City has "apologised and reminded its players and management teams of their… pic.twitter.com/kE8oJjgBSc
— CentreGoals. (@centregoals) July 31, 2024
Man City akan mempertahankan kejuaraan EPL mereka sekali lagi. Mereka sebelum ini sudah memenangi EPL dalam 4 musim berturut turut. Dan mereka bersedia untuk melanjutkan rekod untuk menjadi kelab pertama menjuarai 5 EPL berturut turut di dalam sejarah.
Dalam perkembangan lain, Man City masih berusaha untuk meyakinkan beberapa pemain mereka untuk terus kekal bersama mereka. Antaranya Kevin De Bruyne, Ederson dan terbaru Julian Alvarez.
Pep Guardiola kekal tenang tentang perkara itu.