TERKINI: Manchester City Digantung Dua Tahun Dari UCL Kerana Kesalahan FFP

Manchester City telah digantung daripada menyertai Liga Juara Juara Eropah, dan didenda €30 juta (£25 juta) oleh UEFA.

Kenyataan tersebut telah pun diumumkan secara rasmi oleh UEFA sebentar tadi.

Manchester City dihukum berat sebegitu rupa, selepas mereka didapati melakukan kesalahan serius oleh UEFA. Penggantungan tersebut berkuat kuasa untuk musim 2020/21 dan 2021/22.

UEFA menyatakan, penggantungan Man City daripada Liga Juara Juara Eropah ini menunjukkan bahawa tegasnya UEFA dalam hal hal berkaitan dengan piawaian FFP.

Sebelum ini terdapat penyebaran dokumen yang dibocorkan menyatakan bahawa Man City melakukan pelbagai salah laku.

Man City didapati bersalah oleh UEFA selepas siasatan oleh Club financial control body (CFCB) Kerana pelbagai kesalahan termasuk pemalsuan dokumen tajaan dan keuntungan.

Dokumen tersebut dibocorkan oleh Der Spiegel pada November 2018. Berdasarkan informasi dan email yang dibocorkan, ia menunjukkan pemilik kelab, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan sebenarnya yang menyuntik sebahagian besar dana tajaan.

Ini termasuk tajaan jersi, stadium dan akademi.

Pada korang yang tak faham. Dia macam ni. Pemilik kelab tak boleh sewenangnya menyuntik dana. Sebab FFP bak bagi persaingan lebih adil iaitu dengan menjana keuntungan menerusi operasi bola sepak.

Pemilik hanya boleh menyuntik dana dalam sejumlah yang ditetapkan sahaja.

Kalau tiada peraturan macam ni. Dan hanya bergantung kepada kekayaan owner, maka pemilik yang kaya raya akan memiliki kelebihan.

Dalam kes City, pemilik dia berselindung di sebalik tajaan dan menyuntik dana sebanyak mungkin untuk kelab menerusi penajaan yang dipalsukan.

Manchester City sudah memberitahu mereka sangat kecewa namun tidak terkejut dengan keputusan UEFA.

Mereka akan cuba untuk merayu di mahkamah timbang tara antarabangsa (CAS) selepas ini dan cuba memastikan Man City dapat beraksi di pentas tertinggi Eropah.

Malah mereka juga mempertikai ketelusan siasatan oleh CFCB serta bukti yang dikemukanan. Man City menyatakan kelab mereka sentiasa cuba memastikan mereka terlibat dan menepati piawaian UEFA dalam isu FFP.

Man City yakin mereka tidak melakukan apa apa kesalahan yang melanggar Financial Fair Play.

Jika Man City gagal dalam rayuan mereka, maka pasukan yang berada di tangga kelima akan layak ke UEFA Champions League musim hadapan.

Berdasarkan kedudukan semasa, memang nampak jelas Man City akan berada di empat teratas.

Pep Guardiola sebelum ini menyatakan misi utama mereka adalah menjuarai UCL. Beliau sendiri sangat dahagakan UCL selepas sekian lama tak menjulang piala itu.

Selain itu Man City juga tak pernah menjuarai Liga Juara Juara Eropah di dalam sejarah pasukan mereka, terutama sekali pada era pemilikan oleh Sheikh.

Sebelum ini mereka pernah dituduh melakukan kesalahan FFP namun mereka berjaya membersihkan ketidakseimbangan akaun mereka dalam tempoh yang ditetapkan dan kemudian UEFA membersihkan nama mereka.

Baca yang lain