TERKINI: Manchester United Mahu PSG Bayar £120 Juta Kalau Mahu Beli Rashford

PSG telah menyatakan minat mereka terhadap Marcus Rashford dan sedia untuk membeli pemain itu pada jendela perpindahan kali ini. PSG yang memiliki pasukan sarat bintang sebenarnya sudah lama memantau perkembangan Marcus Rashford.

Marcus Rashford sebelum ini membayangkan bahawa dia mungkin tak akan melanjutkan kontraknya di Manchester United. Ini selepas pemain itu kecewa dengan kekurangan minit perlawanan di bawah Ralf Rangnick.

Perkara itu membuatkan Manchester United tak dapat berunding kontrak baharu dengan pemain itu. Rashford mungkin mahu mengambil sedikit masa untuk di mana tempatnya dalam projek projek Erik Ten Hag.

Dia menjadi pemain penting Erik Ten Hag ketika pra musim bersama sama dengan Jason Sancho dan juga Anthony Martial.

PSG kehilangan Angel Di Maria dan bakal kehilangan Paredes. Marcus Rashford dianggap calon ideal untuk mengisi tempat mereka.

PSG ketika ini memiliki Messi dan Neymar yang bergandingan dengan Mbappe. Berdasarkan usia, Rashford dianggap calon untuk projek jangka panjang bersama Kylian Mbappe.

Mbappe antara pemain yang pernah menyuarakan kekagumannya ke atas Rashford. Jadi tak hairanlah jika PSG cuba memancing Rashford selepas berbincang dengan Mbappe.

Mbappe memiliki suara yang kuat dalam pembentukan pasukan PSG.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Manchester United tidak berniat untuk menjual pemain itu. Malah tidak ada tanda tanda sekalipun Man United mahu menerima sebarang bidaan walaupun dengan sebarang nilai sekalipun.

Rashford memasuki tahun akhir dalam kontrak beliau. Namun Man United tidak panik kerana ada klausa lanjutan setahun lagi dalam kontrak itu. Tetapi jika Rashford benar benar tak nak melanjutkan kontraknya, Man United bakal kehilangan pemain itu secara percuma seperti mana Paul Pogba.

PSG dilaporkan sedia membeli Rashford dengan nilai £120 juta menurut sumber ESPN. Dan mereka sedia menghantar delegasi untuk berunding dengan Manchester United.

Malangnya Man United memberitahu PSG bahawa Rashford adalah bernilai £120 juta. Angka itu dua kali ganda daripada apa yang divaluasi oleh PSG.

Tanda harga itu mengejutkan ramai pihak termasuk peminat Man United sendiri. Mereka merasakan £60 juta pun sudah cukup mahal untuk Rashford.

Man. United tak mahu menjual Rashford kerana mereka mahu menjadikan Rashford sebagai back up untuk posisi no.9. Ini selepas Manchester United terlepas Darwin Nunez dan juga Benjamin Sesko. Man United juga tiada tanda tanda akan berjaya mendapatkan Antony.

Lagipun Rashford dianggap simbol kepada pembangunan akademi Man United. Dia dianggap antara calon kapten masa depan kelab itu.

United benar benar mahu memastikan barisan serangan mereka akan dapat diperbaiki segera dengan melakukan pembelian saat akhir.

Lebih mengejutkan Man United cuba melakukan pembelian panik dengan membida Marko Arnautovic. Tetapi rundingan tak diteruskan kerana ada masalah masalah tertentu.

Wanda Nara kemudian dikatakan sedia menawarkan suaminya Mauro Icardi ke Man United. PSG tidak memerlukan Icardi dalam projek masa depan mereka.

Mungkinkah PSG akan menawarkan Icardi + cash untuk mendapatkan Marcus Rashford?

Rashford merupakan pemain muda yang mengujakan ketua diberikan debut oleh Louis Van Gaal. Dia kemudian berjaya mendapat panggilan kebangsaan negaranya pada usianya masih muda.

Tetapi musim lalu Rashford agak bergelut dengan prestasinya. Membuatkan peminat Man United kerap mengkritiknya.

Rashford sendiri sedar prestasinya di atas padang tak setanding prestasinya di luar padang dalam acara acara kemanusiaan. Dia bertekad mahu mengembalikan prestasinya ke kemuncak sekali lagi musim ini.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil