TERKINI: Manchester United Pertimbangkan Untuk Tamatkan Kontrak Ronaldo

Cristiano Ronaldo telah membuat satu wawancara kontroversi dengan Piers Morgan yang berbentuk luahan hati tanpa berselindung.

Manchester United sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memberikan respon di atas wawancara kontroversi yang dibuat Ronaldo.

Dalam wawancara tersebut, Ronaldo mengutuk Manchester United, Erik Ten Hag, Ralf Rangnick dan Wayne Rooney.

Ronaldo kecewa dengan tiada kemajuan di dalam kelab tersebut sejak pemergian Sir Alex Ferguson. Misalnya, dia masih melihat peralatan yang sama ketiga di gym dan juga staf kantin yang sama.

Selain itu Ronaldo juga menyatakan bahawa dia tidak akan menghormati Erik Ten Hag kerana pengurus itu yang terlebih dahulu tidak menghormatinya.

Untuk Wayne Rooney, dia kecewa kenapa Rooney menuduhnya sebagai beban kepada pasukan dan menuduh Rooney cemburu kepadanya.

Ronaldo turut memperlekehkan Ralf Rangnick sebagai jurulatih yang teruk dan tidak selayaknya menjadi jurulatih di Manchester United kerana Rangnick cumalah seorang pengarah sukan dan dia tak pernah mendengar nama Rangnick sebelum ini.

Cristiano Ronaldo mahu orang tahu bahawa Manchester United dan beberapa pemain senior dalam pasukan itu mahu melihatnya keluar daripada pasukan itu.

Manchester United dilaporkan kecewa dengan wawancara tersebut. Begitu juga dengan Erik Ten Hag dan pemain pemain Manchester United yang lain.

Kini kelab itu mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak Ronaldo lebih awal. Dilaporkan kelab mungkin akan menamatkan kontrak pemain yang dibayar £500k seminggu itu pada Januari akan datang.

Menurut seorang peguam suka, berdasarkan peraturan FIFA, Manchester United ada hak untuk menamatkan kontrak Ronaldo.

Ini kerana tindakan Ronaldo itu telah mencemarkan imej majikannya. Selain itu Ronaldo telah melanggar kepercayaan dan amanah di dalam pekerjaannya.

Apa yang pasti Ronaldo mungkin tidak akan bermain untuk Manchester United lagi selepas ini.

Buat masa ini Ronaldo sedang bersama sama dengan kem Portugal dalam rangka persiapan akhir untuk aksi Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai