TERKINI: Mbappe Mahu Terus Kekal Di PSG Dan Sedia Kutip Bonus Kesetiaan Bernilai €40 Juta

Kylian Mbappe dilaporkan tidak terdesak untuk meninggalkan PSG pada jendela perpindahan kali ini.

Sebelum ini Mbappe sudah memberitahu bahawa dia mahu terus kekal di PSG musim ini dan komited kepada kelab itu sehingga kontraknya berakhir.

Namun Nasser Al Khelaifi menyatakan bahawa PSG tidak akan membenarkan pemain itu pergi secara percuma pada akhir musim hadapan.

Mbappe diberikan tempoh sehingga pertengahan Julai untuk melanjutkan k0ntraknya atau dia akan dijual.

Nasser Al Khelaifi malah mendedahkan bahawa Mbappe faham bahawa kelab enggan melepaskan pemain itu secara percuma. Dan kelab meminta dia menunaikan janjinya untuk memudahkan urusan mereka menjualnya jika dia tidak mahu kekal di PSG selepas 2024.

Situasi menjadi rumit jika Mbappe tidak mahu berpindah. Kerana sudah tentu pemain itu enggan menerima pengurangan gaji di kelab baharunya.

Gaji Mbappe sangat tinggi di PSG di mana dia menerima £650k seminggu. Malah boleh mencecah £1 juta seminggu jika semua bonus prestasi dicapainya.

Mbappe sebelum ini dikaitkan dengan Real Madrid. Dan PSG sudah menghubungi kelab itu sebaik sahaja Mbappe menyatakan dia tak akan mengaktifkan pilihan lanjutan semusim pada 2025.

PSG meminta Real Madrid membayar sekitar £200 juta untuk pemain itu. Namun Real dipercayai tidak sanggup membayar sebesar itu dan sanggup menunggu Mbappe bergelar ejen bebas.

Mbappe ada satu klausa yang menyatakan bahawa PSG harus membayarnya £150 juta jika kelab menjualnya tanpa kerelaannya.

Ianya adalah bonus kesetian dan gaji yang ditawarkan oleh PSG pada tahun akhir kontraknya.

Di mana dia tetap akan menerima bonus itu jika terus kekal di PSG sehingga kontrak wajibnya berakhir pada akhir musim 2024. Dia tidak perlu kekal lebih daripada itu untuk mendapatkan haknya.

Ibu Kylian Mbappe dikatakan sudah sedia untuk mengambil bonus kesetiaan yang bernilai sekitar €40 juta. Di mana menurut perjanjian ianya harus dibayar sebelum Julai 2023.

Mbappe yang baru dilantik menjadi kapten PSG bermula pertengahan musim lalu, dan bergelar kapten Perancis selepas pemergian Hugo Lloris.

Kini dia sudah sedia kembali semula ke PSG selepas percutiannya.

Apa yang pasti berita dia mahu terus kekal di PSG musim ini pasti tidak menggembirakan pengurusan tertinggi PSG.

Emir Qatar dilaporkan sangat marah mendengar keinginan Mbappe untuk terus kekal. Sebelum ini Emir Qatar sudah bercakap dengan Mbappe bahawa dia mahu pemain itu memilih sama ada melanjutkan kontrak atau dia harus berambus dan dijual.

Kelab itu sudah kehilangan Lionel Messi secara percuma sebelum ini. Dan mereka tidak mahu kehilangan Mbappe secara percuma setelah membeli pemain itu £180 juta dari AS Monaco dan berhabis banyak wang demi pemain itu.

Mbappe malah diberikan kelebihan khas sebagai pemain, di mana dia dijadikan teras projek PSG dan berhak bersuara dalam jual beli pemain.