TERKINI: Mbappe Setuju Sertai Real Madrid, Turunkan Tandatangan Saja Dapat €100j (RM459j)

Bintang PSG Kylian Mbappe dilaporkan berada di ambang untuk menyertai Real Madrid pada musim panas ini secara percuma.

Dia akan mendapat bonus tandatangan yang luar biasa menurut laporan penerbitan Cuatro.

David Ornstein pula melaporkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu telah pun membuat keputusan tentang masa depannya. Dia akan meninggalkan PSG pada akhir musim ini.

Kemudiannya, Mbappe dilaporkan sudah mempersetujui syarat dan terma peribadi dengan Real Madrid. Namun Mbappe masih belum menandatangani kontrak tersebut secara rasmi.

PSG masih berharap akan dapat memujuk pemain itu terusk kekal bersama mereka dan menerima syarat baharu dalam kontraknya.

Mbappe enggan mendedahkan rasmi sehingga bulan depan – baru dia mendedahkan pasukan mana akan diwakilinya — sebelum dia menyertai pasukan kebangsaan Perancis untuk Liga Negara-Negara UEFA.

Laporan yang muncul dari Sepanyol menyatakan bahawa Mbappe telah mencapai persetujuan dengan Real Madrid. Dia sedang dalam proses menandatangani kontrak lima tahun, serta mengaut €100 juta daripada hanya daripada bonus menandatangani kontrak.

Nampaknya terdapat kebimbangan mengenai hak imej sebelum ini. Real Madrid hanya menawarkan 50% daripada hak berbanding PSG 100%.

Hak imej menjadi sebab kenapa rundingan antara Mbappe dan Real Madrid tiba tiba menjadi rumit.

Bagaimanapun, perkara telah diselesaikan sekarang, kerana juara Sepanyol itu telah menambah baik tawaran mereka sebanyak 10% lagi. Pemain itu juga akan membawa pulang gaji bersih €25 juta setahun.

Real Madrid juga dilaporkan akan menutup mulut mengenai perjanjian itu sehingga pemenang Piala Dunia FIFA 2018 itu sendiri mengesahkan perkara yang sama.

Mbappe telah dikaitkan dengan kelab itu sejak beberapa musim kebelakangan ini. Terutama sekali selepas pemergian Cristiano Ronaldo.

Real Madrid sebelum ini mendapatkan Eden Hazard. Namun pemain itu gagal mencapai standard yang dimahukan setakat ini.

Hazard bertekad mahu mengembalikan semula sentuhannya pada musim akan datang. Carlo Ancelotti sendiri menyatakan keyakinannya ke atas Hazard.

Real Madrid tetap mahukan Kylian Mbappe yang penting kepada prestasi pasukan dan untuk publisiti kelab.

Kylian Mbappe menyertai PSG dari AS Monaco pada 2017 dengan bayaran €180 juta atas perjanjian pinjaman awal. Dan kemudian dibayar secara ansuran.

PSG cuba mengelak daripada terkena FFP. Oleh sebab itu mereka meminjam dahulu pemain antarabangsa Perancis itu.

Dan sejak dari itu, Kylian Mbappe telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain penyerang serta penggempur terbaik dunia.

Dalam 216 perlawanan, bintang muda Perancis itu telah menjaringkan 168 gol dan membuat 87 bantuan gol, serta memenangi 12 piala bersama sama dengan Paris St Germain.

Perpindahan ke Real Madrid boleh membantu Kylian Mbappe mencapai beberapa matlamatnya dalam kariernya.

Mbappe telah mencapai banyak kejayaan dalam kariernya yang agak singkat bersama kelab dan negara, baik secara kolektif mahupun individu.

Walaubagaimanapun, terdapat dua trofi utama yang masih diidamkannya dan masih belum mampu dijulangnya iaitu – Liga Juara-Juara UEFA dan Kejohanan Eropah.

Dia telah lama menyatakan hasratnya untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan juga mahu mendapatkan anugerah berprestij Ballon d’Or, yang kedua-duanya masih gagal dia raih setatkat ini.

Dengan menyertai Real Madrid, Mbappe yakin kelab itu boleh membantunya untuk mencapai matlamatnya. Itu kerana kejayaan besar kelab itu dalam pertandingan kelab utama Eropah dan bilangan pemain yang telah memenangi Bola Emas / Ballon d’Or yang bermain untuk Madrid.

Mbappe mempunyai bakat dan keupayaan yang diakatakan mampu untuk menjadiakannya bintang besar di Santiago Bernabeu.