TERKINI: Mbappe Telefon Perez Cakap Dia ‘Cancel’ Pergi Real Dan Dapat €300 Juta Bonus Tandatangan

Lelaki yang paling dipercayai lelaki lain iaitu Fabrizio Romano membuat laporan terkini situasi Kylian Mbappe.

Di mana menurut Fabrizio Ramano, Mbappe sudah menghubungi Presiden Real Madrid, Florentino Perez menyatakan bahawa dia akan terus kekal di PSG.

Menurut Perez: “Kylian Mbappe sudah menghubungi presiden Real Madrid, Florentino Perez secara terus pada petang ni tadi. Dia mahu memberitahu sendiri tentang keputusannya. Dia sudah menandatangani perjanjian baharu dengan Paris Saint Germain. Ianya sekarang merupakan perjanjian yang sudah dimuktamadkan 100%.”

Tidak cukup dengan itu Fabrizio Romano menyebut ayat keramat Here We Go bahawa Mbappe sudah pasti akan terus kekal di PSG musim hadapan. Dia akan diberikan bonus lumayan.

Semalam ibu Kylian Mbappe, mengeluarkan kenyataan bahawa anaknya sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrid dan PSG. Di mana dia berpuas hati dengan tawaran daripada kedua dua kelab.

Ibunya menyerahkan kepada anaknya untuk menentukan sama ada mahu terus kekal di PSG ataupun Real Madrid.

Mbappe U turn ke PSG

Mbappe sebelum ini dikatakan sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrif dan menolak tawaran PSG. Real Madrid malah menawarkan bonus tandatangan bernilai €100 juta.

Namun keadaannya tiba-tiba berubah apabila PSG mengemukakan tawaran baru yang dianggap sangat gila.

Di mana bukan sahaja PSG menawarkan pakej gaji sama dengan yang ditawarkan Real Madrid, tetapi memberi kuasa ala pemilik kepada Kylian Mbappe.

Di mana pemain itu memiliki kuasa dalam menentukan siapa pengurus dan pemain yang dia mahukan. Ini bermakna Mbappe akan bersama dengan lembaga pengarah dalam membincangkan aspek pengurus dan pemain.

Ini telah membuatkan Mbappe dikatakan lebih cenderung ke arah PSG dalam keputusannya.

Seterusnya, Gazetta Dello Sports melaporkan bahawa PSG sedia menjadikan Mbappe pemain dengan gaji tertinggi di dunia.

Ibu Mbappe, Fayza berkata:

“Kami mencapai kesepakatan dengan Real Madrid dan PSG. Kini terserah kepada Kylian untuk menentukan keputusan akhir.”

Fayza turut mengesahkan bahawa tawaran daripada PSG dan Real Madrid adalah hampir sama.

Maka Mbappe akan menentukan sendiri ke mana hala tuju kariernya selepas ini.

Mbappe menjadi prospek hangat di jendela perpindahan. Kerana dia boleh pergi secara percuma pada akhir musim ini.

Tetapi PSG dari dulu lagi menegaskan bahawa mereka tidak mahu melepaskan pemain itu.

Malah kini sudah memberikan Mbappe peranan lebih besar di dalam kelab mereka pada masa akan datang.

Mbappe merupakan pemain antarabangsa Perancis yang sudah membantu negaranya memenangi Piala Dunia.

Dia ditandatangani PSG dari AS Monaco dengan perjanjian pinjaman dengan klausa pembelian tetap EUR180 juta.

Sebelum ini Perez menyindir PSG bahawa kelab yang terlalu banyak duit sehinggakan mereka mampu menolak tawaran EUR200 juta untuk Mbappe yang ketika itu sudah masuk ke tahun akhir kontraknya.

Real Madrid sangat yakin mereka akan membuatkan PSG terciduk dengan perjanjian Mbappe.

Namun PSG tidak pernah mahu kalah dan wang sentiasa bukan menjadi masalah utama mereka.

Cuma mereka tidak boleh sesuka hati menawarkan kontrak besar kerana isu FFP.

Kini dengan berita Mbappe yang akan terus kekal, dan ibunya mengesahkan bahawa tawaran PSG dan Real Madrid adalah hampir sama.

Ini bermakna Mbappe akan menjadi pemain dengan gaji tertinggi di dunia.

Karan Tejwani menyatakan sebenarnya PSG menawarkan bonus atas tandatangan yang jauh lebih besar daripada Real Madrid walaupun mereka memberikan tawaran gaji yang sama dengan ditawarkan Real Madrid iaitu EUR 100 juta semusim.

PSG membayar keseluruhan pakej EUR300 juta bonus tandatangan kontrak kepada Mbappe.

PSG sebelum ini pernah mambayar EUR212 juta untuk mendapatkan Neymar dari Barcelona.

 

Baca yang lain