TERKINI: Messi Kekal Tenang Walaupun Gaji Tertunggak €63.5 Juta (RM309 Juta)

Pada hujung minggu lalu Barcelona dan Lionel Messi menjadi tajuk berita utama setelah kontrak pemenang Ballon d’Or enam kali itu didedahkan oleh sebuah saluran berita Sepanyol.

Laporan itu menunjukkan bahawa kontrak empat tahun Messi dengan Barcelona, ​​yang ditandatangani pada 2017, akan menyaksikan pemain Argentina itu mengaut EUR555 juta euro) menjelang akhir perjanjiannya saat ini jika semua bonus ditebusnya.

Walaubagaimanapun, di tengah hutang kewangan Barcelona ketika ini, kelab berpangkalan di Catalonia masih belum membayar Messi sejumlah kecil wang sebanyak €63.5 juta.

Penerbitan Sepanyol El Mundo mendedahkan kontrak raksasa Lionel Messi pada hari Ahad dan jika laporan itu benar, menunjukkan bahawa pemain berusia 33 tahun itu memiliki kontrak terbesar di dunia.

Barcelona sudah memberikan respon kepada laporan itu dan mereka tidak menafikan angka itu. Cuma Barcelona mahu menyaman El Mundo kerana mendedahkan kontrak Messi yang dianggap sulit.

Laporan itu menunjukkan bahawa Barcelona menawarkan kepada Messi bonus €115,225,000 ketika dia meletakkan tandatangan pada kertas kontrak empat tahun pada 25 November 2017. Kontrak itu juga merangkumi bonus kesetiaan € 77,929,955 untuk Messi bersama dengan gajinya.

Butiran yang disebut pada laporan El Mundo menunjukkan bahawa Messi meraih €138,000,000 setiap musim. Namun, disebabkan oleh kesan coronavirus, Barcelona telah berjuang untuk menyeimbangkan lembaran kewangan mereka dan juga berhutang dengan gaji pemain mereka termasuk Lionel Messi.

Dipercayai bahawa Barcelona telah membayar hanya €8.5 juta daripada keseluruhan gaji Messi tahun ini yang sepatutnya dia dibayar €72 juta pada ketika ini.

Ini bermakna Barcelona masih ada tunggakan €63.5 juta yang belum dibayar kepada Messi.

Walaupun para pemain bersetuju untuk memotong gaji kerana keadaan ekonomi ketika ini.  Di mana pasukan pertama Barcelona bersetuju untuk pemotongan gaji pada bulan November yang akan mejimatkan €122 juta kepada kelab untuk tahun kewangan ini.

Walaubagaimanapun, empat pemain yang tidak terjejas dengan pengurangan gaji adalah mereka yang menandatangani lanjutan kontrak baru iaitu  Gerard Pique, Clement Lenglet, Marc-Andre ter Stegen dan Frenkie de Jong.

Hanya pada bulan lalu, hutang kasar Brcelona melepasi angka €1 billion. Dengan €730 juta daripadanya perlu dijelaskan dalam jangka pendek.

Apa yang menarik Lionel Messi masih kekal tenang. Dan beliau masih fokus dengan aksi di atas padang musim ini. Beliau juga menjaringkan gol cantik dalam perlawanan sebelum ini.

Ternyata fokus Lionel Messi sangat kuat ke atas bola sepak.