TERKINI: Moscow Rasminya Mengklaim Planet Zuhrah Milik Rusia

Jika sebelum ini ada beberapa negara klaim pulau, wilayah, lagu rasa sayang, popiah dan sebagainya. Rusia pula membawa dunia pengklaiman ini ke tahap baharu.

Ini apabila mereka mengklaim planet di angkasaraya sebagai milik mereka. Amacam?

Rusia telah mengklaim planet zuhrah sebagai milik negara mereka. Jadi, mereka ada hak milik ke atas planet tersebut.

Baru baru ini syarikat aeroangkasa Rusia iaitu Roscosmos, mendedahkan bahawa negaranya merancang untuk menghantar misinya sendiri ke planet Zuhrah / Venus bertajuk “Venera-D”.

Venera D adalah misi penerokaan angkasa bersama yang dirancang dengan NASA, agensi angkasaraya milik AS.

Misi ini akan memberi tumpuan untuk menjelajah planet tersebut.

Zuhrah milik kaki – Rusia

Minggu lalu, Pengarah Roscosmos, Dmitry Rogozin bercakap kepada wartawan di pameran HeliRussia 2020, pameran antarabangsa industri helikopter di Moscow.

“Penjelajahan berterusan di planet zuhrah adalah agenda kami. Dan kami berpendapat Venus adalah planet milik Rusia, jadi kami tidak boleh ketinggalan dalam bidang berkaitan,” tambahnya.

“Projek misi zuhrah adalah milik Rusia dan ia termasuk dalam program eksplorasi ruang angkasa bersama Rusia untuk 2021-2030.”

Pernyataan itu sendiri muncul sehari setelah para saintis mendedahkan bahawa gas di Bumi yang disebut fosfin juga telah dikesan di atmosfera zuhrah.

“Saya fikir kita hanya dapat menyertakan senario ekstrem, seperti awan yang dipenuhi dengan organisma,” jelasnya.

“Ketika kami mendapat petunjuk fosfin pertama dalam spektrum Venus, itu sangat mengejutkan!”

Setelah penerbitan kajian pada hari Isnin, Breakthrough Initiatives – sebuah program yang dibiayai oleh jutawan teknologi Rusia, Yuri Milner – mengumumkan rencananya untuk membiayai kajian lebih lanjut “mengenai kemungkinan kehidupan primitif” di awan venus.

Seterusnaya, Rogozin juga mengumumkan pada hari Selasa minggu lalu, bahawa Roscosmos akan menjelajah Venus secara bebas untuk mengkaji atmosfear dan tanah planet ini, bersama dengan ‘proses evolusi Venus’. Ditambah lagi, zuhrah adalah planet milik Rusia.

Venus/zuhrah berukuran serupa dengan Bumi dan merupakan salah satu planet jiran terdekat kita.

Namun ianya berputar ke ke arah bertentangan berbanding planet lain, menurut kajian oleh profesor Universiti Cardiff, Jane Greaves dan rakan-rakannya dalam jurnal Nature Astronomy.

Pasukan penyelidik nampaknya berjaya menemui sejumlah besar fosfin, molekul kimia yang biasanya dihasilkan oleh aktiviti mikrobakteria di bumi.

Tidak ada bukti kukuh bahawa ada kehidupan di lapisan udara Venus, tetapi setidaknya ada kemungkinan seperti itu.

“Sudah tentu kita juga pernah mendengar teori bahawa atmosfera Venus dapat menyokong kehidupan. Namun, dari data yang telah kami peroleh, jika manusia dapat bertahan di sana kemungkinan mereka akan selalu mengalami dehidrasi,” tegas beliau lagi.

Menarik diterokai

Dengan penemuan fosfin di zuhrah, Rusia yakin ianya menjadikan planet itu kawasan yang menarik untuk diterokai di sistem suria kita.

“Impak yang kami harapkan dalam komuniti sains planet adalah mendorong lebih banyak penelitian tentang Venus itu sendiri, penyelidikan mengenai kemungkinan kehidupan di atmosfera Venus.”

“Misi ruang angkasa yang difokuskan untuk mencari tanda-tanda kehidupan atau kehidupan itu sendiri di atmosfera Venus,” kata Seager pula.

Menurut Seager lagi, ebelum ini, banyak saintis lebih suka memusatkan perhatian pada Marikh, dan dua bulan yang dipenuhi air seperti Enceladus dan Europa.

Agensi Angkasa Eropah mengatakan bahawa Rusia mempunyai pengalaman penting dalam menjelajah zuhrah.

Antara tahun 1967-1984, Rusia berada di barisan depan penyelidikan di venus.

“Sejak itu Rusia mempertahankan kepakarannya yang unik dalam merancang dan mengembangkan kapal angkasa dan pendaratan untuk Venus, dan memberikan tugas ilmiah untuk setiap misi angkasa,” kata European Space Baadn.

Venus, planet kedua dalam Sistem Suria yang dekat dengan Matahari. Ianya masih tidak dikaji oleh ahli astronomi sama seperti Bulan atau Marikh.

Planet ini dianggap sukar untuk menampung kehidupan, kerana panas dan udara dipenuhi dengan karbon dioksida.

Bagaimanapun, Vice menulis, para saintis telah lama menduga bahawa lapisan udara pada jarak 50 kilometer dari permukaan Venus dapat menyokong kehidupan kerana suhu di sana menyerupai Bumi.

Baca yang lain