TERKINI: Mudryk ‘Up Insta Story’ Tanda Desak Perpindahan Ke Arsenal?

Pemain Skakhtar Donetsk, Mykhaylo Mudryk nampaknya sudah mendesak perpindahan ke Arsenal.

Di mana pemain tersebut menunjukkan niatnya mahu menyertai pasukan berpangkalan di Utara London itu dengan terbuka memuat naik gambar di IG Story menunjukkan dia sedang menonton aksi Arsenal menentang West Ham United.

Arsenal telah membuat bidaan €40 juta tambah bonus €20 juta untuk Mudryk. Bidaan yang jauh lebih tinggi daripada cadangan pertama mereka kepada kelab Ukraine itu sebelum ini.

Syarat peribadi bukanlah satu isu yang membimbangkan Arsenal, kerana pemain sayap itu berminat untuk berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Tetapi kelab Ukraine itu dikatakan masih tidak bersetuju untuk menerima tawaran Arsenal itu. Mereka mengharapkan nilai bidaan lebih besar dibuat.

Perbincangan antara ejen pemain dan wakil Arsenal kini dijangka berlangsung dengan pemain sayap itu sedang mengarahkan ejennya agar berusaha untuk merealisasikan perpindahan ke kelab pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

Kecederaan jangka panjang melanda pemain utama, terutamanya Gabriel Jesus yang sudah menjalani pembedahan, telah menyebabkan The Gunners kekurangan penjaring yang konsisten, dengan Eddie Nketiah kini menjadi pemain sandaran tanpa kehadiran pemain Brazil.

Mudryk dilihat calon terbaik untuk membantu mengurangkan kebimbangan tentang isu serangan menyerang dalam kem Gunners setelah membantu menjaringkan 10 gol dalam semua pertandingan, dengan tiga daripadanya datang daripada Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain wonderkid Ukraine itu telah membintangi pentas terbesar Eropah musim ini dan dijangka meninggalkan kelabnya segera pada Januari akan datang dengan Donetsk sudah menyatakan mereka sedia menjual pemain itu dengan harga yang berpatutan untuk bintang itu.

Arteta menekankan tentang hasrat Arsenal untuk mengukuhkan lagi kekuatan skuad mereka pada jendela perpindahan Januari. Dia sebelum ini menyatakan:

“Kami sedang mencari [beberapa pemain baharu] untuk mengukuhkan pasukan. Skuad ini masih tidak mempunyai ‘kekayaan’ [kualiti squad depth besar] untuk tidak memaksimumkan setiap jendela perpindahan.”

“Kami perlu berbuat demikian kerana ia sangat penting.’

Arteta menambah: “Kami perlu mendapatkan profil yang betul, ia mestilah pemain yang sesuai untuk membawa kami ke peringkat seterusnya.”

Arteta dan pengarah sukan Edu bertemu dengan pemilik Stan Kroenke awal bulan ini dan pengurus itu menegaskan mereka bersedia untuk membelanjakan wang bagi menguatkan skuad itu yang kini semakin mengukuhkan kedudukan mereka untuk menamatkan penantian EPL pertama mereka sejak 2004.

Arsenal kini mendahului tujuh mata di puncak carta Liga Perdana selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan West Ham 3-1 pada petang Isnin.

Arteta turut ditanya tentang hantara IG Story oleh Mudryk yang menunjukkan pemain itu menyaksikan aksi Arsenal. Adakah itu petanda pemain itu akan ke Arsenal?

Arteta menjelaskan: “Kelebihan di England, kita adalah satu satunya liga yang bermain pada Krismas, jadi, saya berharap ramai orang akan menyaksikan perlawanan kita dan kita akan berikan mereka persembahan terbaik.”

Adakah Mudryk akan ke Arsenal pada Januari ini?

Baca yang lain