Sky Sports melaporkan bahawa proses pengambilalihan Newcastle hampir selesai setelah kontrak pertukaran milik dan deposit sudah dibayar.
Konsortium Amanda Staveley yang disokong Saudi dijangka akan dapat menyelesaikan pengambilalihan Newcastle pada akhir bulan ini.
Cadangan pengambilalihan Newcastle oleh PCP Capital Partners hampir selesai setelah konsortium yang disokong oleh billionaire dari Arab Saudi membayar deposit dan bertukar kontrak dengan pemilik kelab Mike Ashley.
Kontrak tersebut dilaporkan sudah diikat secara sah. Ini bermaksud satu-satunya aspek kesepakatan yang masih harus diselesaikan adalah Saringan Pemilik dan saringan Lembaga Pengarah Liga Perdana.
Selepas kesemua perkara itu selesai barulah baki bayaran untuk menggenapkan £300 juta akan dibayar kepada Ashley serta merta.
Liga Perdana / Premier League akan memulakan pemeriksaan latar belakang pemilk. Ini aspek wajib yang dilakukan. Dan ianya melibatkan mereka yang terlibat dalam konsortium Amanda Staveley, yang termasuk Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman.
Mohamed bin Salman akan menggunaka Dana Pelaburan Awam (PIF) negara – salah satu dana berdaulat yang terkaya di dunia. Pihak Saudi akan memiliki 80 peratus saham kelab.
Liga Perdana akan memeriksan latar belakang dengan mempertimbangkan kemampuan untuk membiayai kelab, bersama dengan catatan jenayah mereka yang terlibat dalam pengambilalihan.
Dari segi aspek kewangan rasanya tiada masalah langsung untuk mereka lulus ujian ini. Dan untuk pemeriksaan latar belakang mereka yang bakal menjadi lembaga pengarah kelab, ianya sangat mudah.
Di mana sesiapa sahaja yang tak layak boleh digantikan dengan mereka yang lain. Kecualilah Mohamed bin Salman yang sangkut dalam saringan ini. Rasanya beliau tidak ada rekod jenayah.
PCP Capital Partners' takeover of Newcastle United is nearing completion after the Saudi-backed consortium paid a deposit and exchange contracts with Mike Ashley.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 21, 2020
Pada 2017, Liga Perdana telah meluaskan lagi skop saringan kepada para pemilik kelab. Ini dengan mengambil kira rekod jenayah mereka di luar UK.
Namun hanya ada satu kebimbangan pada ketika ini. Mereka risau Mohamed bin Salman ada kaitan dengan isu hak asasi manusia yang berlaku di Arab Saudi dalam beberapa tahun ini.
Jika perkara itu berlaku, Mohamed bin Salman perlu mendapatkan campur tangan kerajaan UK untuk membantu beliau menggunakan budi bicara kerajaan.
Bekas pemain pertahanan Newcastle, Ryan Taylor berpendapat bahawa Newcastle akan mampu mencabar kejuaraan sekiranya calon pemilik baru bersedia melabur dalam pembelian pemain.
Daily Mail melaporkan, Mike Ashley sudah bersedia mengucapkan selamat tinggal dan mengumumkan pertukaran pemilikan itu.
Namun pihak Saudi melarang beliau melakukannya buat masa ini. Kerana mereka mahu memastikan bahawa segalanya benar-benar rasmi.
Semalam Sky Sports melaporkan bahawa, kontrak pembayaran deposit disertakan sekali kontrak larangan mana mana pihak menarik diri daripada rundingan – sebaik sahaja deposit dibayar.
Ini kerana sebelum ini Amanda Staveley pernah gagal melakukan pengambilalihan kerana ada pihak menarik diri secara tiba tiba.