TERKINI: Neymar Mahu Bersara Tugasan Brazil, Selepas Piala Dunia 2022

Neymar membuat pengakuan mengejut apabila menyatakan bahawa beliau mungkin akan bersara daripada tugasan Piala Dunia, selepas Piala Dunia 2022 yang akan datang.

Ini kerana Neymar tidak pasti apa yang akan berlaku pada kariernya selepas ini.

Menurut Neymar, beliau tidak pasti lagi sama ada beliau akan memiliki kekuatan dari segi mentaliti untuk terus bermain bola sepak.

Bercakap kepada DAZN, Neymar berkata: “Rasanya, Piala Dunia 2022 akan menjadi piala dunia terakhir saya. Saya tak rasa saya cukup kuat secara mental untuk mengendalikan hidup sebagai pemain bola sepak.”

“Saya akan memberikan segalanya untuk membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2022 dan merealisasikan impian saya sejak kecil lagi.”

https://t.co/z8sA3xITk5

Neymar baru saja menandatangani kontrak baru beberapa bulan lalu dengan PSG. Pastinya agak tidak masuk akal untuk melihat beliau bersara sepenuhnya daripada bola sepak.

Jadi, Neymar mungkin mempertimbangkan kesalahan daripada peringkat antarabangsa.

Neymar merupakan pemain utama Brazil sejak beberapa musim ini. Beliau dianggap salah seorang pemain terbaik di dunia pada ketika ini.

Beliau seringkali menjadi senjata utama negaranya dalam kejohanan major. Neymar juga sudah beberapa kali menjadi ketua pasukan untuk negaranya.

Dikenali dengan gaya permainan yang lincah dan licik. Neymar seringkali mendapat perhatian daripada ramai pihak.

Selain daripada kehidupannya sebagai pemain bola sepak dia juga sering kali menjadi perhatian media ketika di luar padang.

Neymar digelar pemain bola sepak bertaraf selebriti pada hari ini.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil