TERKINI: Norway Tak Layak Euro 2024 Kerana Israel Kalah

Kekalahan Israel di tangan Romania telah menyebabkan Norway secara matematiknya sudah tak layak ke Euro 2024. Dengan mereka kini di tangga ketiga dalam kumpulan A di belakang Sepanyol dan Scotland – dua pasukan itu sudah mara.

Norway disahkan tersingkir dari Euro sebelum mereka menyepak bola untuk aksi kelayakan pada Ahad menentang Scotland. Di mana Haaland sudah disahkan tidak akan beraksi dalam aksi tersebut kerana kecederaan.

Kekalahan ini bermakna, Haaland dan Odegaard masih belum merasa lagi aksi pertandingan major pertama mereka dalam karier.

Norway sebenarnya bergantung kepada Israel untuk mengalahkan Romania untuk memastikan harapan mereka beraksi di play off masih hidup. Malang buat Norway kerana Romania menang 2-1 dan menjadi pendahulu kumpulan I selepas sembilan perlawanan dan layak ke Euro 2024.

Switzerland turut layak ke Euro dari kumpulan I dengan keputusan seri 1-1 melawan Kosovo. Dan Israel pula mara ke pusingan play off menyertai Bosnia dari kumpulan J bagi laluan play off B.

Kegagalan ini pastinya berita buruk buat Haaland yang dianggap salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini. Malah ramai beranggapan dia adalah pemain yang sepatutnya memenangi Ballon d’Or sebelum ini selepas mambantu Man City menjuarai Treble.

Sementara itu, seorang lagi bintang penting Norway ialah Martin Odegaard yang merupakan kapten Arsenal. Dia membantu Arsenal bangkit semula di bawah kendalian Mikel Arteta. Dianggap salah seorang pemain tengah terbaik di dunia ketika ini.

Ramai beranggapan kegagalan ini akan mempengaruhi peluang Haaland untuk memenangi Ballon d’Or musim hadapan. Terutama sekali pemain seperti Mbappe terus cemerlang bersama negaranya layak ke kejuaraan major.

Harus diakui kualiti skuad Norway masih tidak sebagus pasukan elit yang lain walaupun mereka memiliki pemain sebagus Haaland dan Odegaard.