TERKINI: Odegaard 90% Sertai Arsenal

Bintang muda Norway, Martin Odegaard dilaporkan sedang memuktmadkan perjanjian pinjaman ke Arsenal.

Odegaard memilih untuk ke Arsenal berbanding dengan bermain untuk Real Sociedad.

David Ornstein semalam melaporkan bahawa Arsenal dan Real Madrid sedang berbincang tentang pemain tersebut. Arsenal mahu menambahkan sengat di bahagian serangan.

Odegaard dianggap bakat yang kreatif dan boleh membantu Arsenal.

Hari ini David Ornstein mengemaskini maklumat tentang perpindahan Odegaard. Di mana sumber paling dipercayai peminat Arsenal itu berkata bahawa Odegaard kini 90% bakal menyarung jersi Arsenal.

Hanya ada beberapa butiran sahaja lagi untuk dimuktamadkan. Odegaard masih belum terbang ke London.

Ornstein juga melaporkan bahawa Odegaard tidak berada dalam skuad yang berlatih di Real Madrid. Pemain itu tidak mengalami sebarang masalah untuk saringan covid.

Ia menguatkan lagi spekulasi pemain tersebut benar benar mahu ke Arsenal.

Real Madrid dikatakan keberatan untuk melepaskan Odegaard secara tetap selepas tamat kontrak pinjaman. Jadi perbincangan dengan Arsenal adalah untuk pinjaman pemain secara tetap musim ini tanpa ada klausa beli balik.

Namun belum ada apa yang dimuktamadkan setakat ini. Mana tahu ada perubahan pada klausa?

Odegaard pemain kreatif dimahukan Arsenal

Beberapa tahun yang lalu, Odegaard menjadi bakat muda rebutan dunia. Beliau memilih untuk menyertai Real Madrid. Malangnya pemain muda itu gagal mendapat tempat di Real Madrid

Odegaard kemudian dipinjamkan ke beberapa kelab termasuk Heenreven, Vitesse dan Real Sociedad.

Beliau menikmati musim yang baik ketika dipinjamkan.

Arsenal melepaskan Mesut Ozil. Bermakna mereka memerlukan perancang baharu yang kreatif untuk mengisi tempat Ozil.