Laporan dari Turki mengesahkan bintang tengah pasukan Arsenal, Mesut Ozil setuju untuk menyertai kelab Turki, Fenerbache.
Ozil dilaporkan memeterai perjanjian kontrak selama 3 tahun setengah. Selain daripada Fenerbache, Ozil turut diintai oleh DC United di Amerika Syarikat.
Mesut Ozil has agreed a three-and-a-half year contract with Turkish club Fenerbahce, according to @dhaspor—reports also link him to DC United. pic.twitter.com/0hccgcZuJe
— B/R Football (@brfootball) January 6, 2021
Semalam Ozil dilaporkan sedang berunding dengan kelab Major League Soccer iaitu DC United. Kelab Amerika itu menawarkan pakej lumayan kepada Mesut Ozil termasuk menjadikan jenama Ozil, M10 sebagai salah satu rakan niaga mereka.
Tawaran ini akan membolehkan Ozil meluaskan lagi publisiti produknya, terutama sekali di negara yang menjadi kuasa publisiti dunia.
Bukan itu sahaja, DC United juga akan membantu mempromosi jenama kopi Ozil iaitu 39 Steps Coffee di sekitar Stadium Padang Audi. DC United juga berjanji akan menjadikan Ozil sebagai wajah utama pasukan mereka di stadium dan kompleks sukan mereka.
🚨 Exclusive: Mesut Ozil is in negotiations with DC United.
The MLS side have offered an attractive package which will see the expansion of his M10 brand across the US.https://t.co/8o3oQTIT3V
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley_) January 5, 2021
Namun perkembangan terbaru ini pastinya menarik. Mesut Özil, yang telah lama menjadi sasaran utama pasukan kuning biru itu.
Sebelum ini terhalang dengan harga yang terlalu mahal selain daripada isu gaji terlalu tinggi. Tidak pasti sama ada Fenerbache akan mengekalkan tangga gaji Ozil ataupun pemain itu menerima pengurangan gaji.
Apa yang pasti Ozil pastinya boleh dibeli dengan harga lebih murah. Ini kerana kontrak semasa pemain itu bakal berakhir pada Jun tahun ini.
Mesut Ozil ➡️ Fenerbahce
The Arsenal outcast is heading to Turkey 🇹🇷
— Eurosport UK (@Eurosport_UK) January 6, 2021
Fabrizio Romano menyatakan bahawa salah satu daripada agenda Arsenal dalam jendela perpindahan kali ini adalah cuba mengeluarkan Mesut Ozil dari senarai tangga gaji pemain mereka.
Arsenal are working to sell players in the next days after Saliba and Kolasinac. Genoa have asked for Sokratis Papastathopoulos. #AFC hope to sell also Mesut Özil as soon as possible. ⚪️🔴 #transfers
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 5, 2021
Beberapa hari lalu Mikel Arteta menyatakan beliau membuka pintu kepada Mesut Ozil untuk kembali semula ke dalam pasukan utama.
Tetapi nampaknya itu tidak berlaku. Keutamaan Arteta dan Arsenal sekarang adalah mengeluarkan Ozil dari senarai gaji pemain mereka. Gaji semasa Ozil adalah £350,000 seminggu bermula Januari 2018 sehinggalah Jun 2021.
Sejak musim lalu lagi Arsenal sudah cuba memujuk Ozil untuk menerima pemotongan gaji. Ini untuk memudahkan Arsenal menerima bidaan dari kelab lain.
Namun pemain itu tidak mahu dan bertekad akan terus kekal di Arsenal sehingga kontraknya tamat. Ozil tampil membuat kenyataan di media sosial meminta kesemua pihak menghormati kontrak yang sudah disepakati.
Sambil menyindir Arsenal bahawa pada hari ini tidak ramai pemain yang setia dengan kelab mereka seperti beliau.
Walaupun Ozil lahir di Jerman namun jiwa Turkinya sangat kuat. Itu juga antara sebab kenapa beliau mendapat tekanan daripada tokoh di Jerman serta media Jerman yang mempersoalkan kesetiaan Ozil kepada Jerman.
Ozil bergambar dengan Endorgan ketika tokoh politik itu berkempen pilihanraya presiden di negara Turki. Tindakan Ozil itu dianggap tidak patriotik dan campur tangan soal politik di negara lain.
Ozil mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa beliau hanya bergambar sebagai tanda menyantuni presiden negara yang menjadi asal nenek moyangnya.
Ozil kemudian memutuskan untuk bersara dan menyatakan di Jerman, imgiran hanya dianggap rakyat Jerman ketika mereka menang. Dan ketika mereka kalah, imigran adalah imigran.
Krisis Ozil dengan Arsenal
Mesut Ozil menjadi subjek perdebatan panas musim ini sebab aku memutuskan untuk tidak mendatangkan pemain nombor 10 itu sebagai sebahagian daripada pasukan utama yang bermain di Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Europa.
Terdapat juga teori menyatakan bahawa masa depan Mesut Ozil Arsenal menuju ke penghujungnya kerana sikapnya yang lantang bersuara dan mempersoalkan tindak tanduk pengurusan tertinggi.
Misalnya Ozil salah seorang pemain yang tidak mahu menerima pemotongan gaji ketika kelab mengharungi musim wabak.
Ozil bukan tak nak dipotong. Tetapi beliau mempersoalkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila Mesut Ozikl secara terbuka menyindir beberapa individu di dalam kelab yang menurutnya berniat jahat dengannya.
Ozil memberitahu David Ornstein bahawa di kelab Arsenal ada orang dalam yang sentiasa mensasarkan nama Ozil. Dalam kalangan pemain yang tak menerima pemotongan gaji, kenapa cuma nama beliau dikeluarkan di media.
Ozil seterusnya menyindir tindakan kelab yang membuang ramai staf mereka. Sedangkan sebelum ini kelab menyatakan mereka memotong gaji pemain untuk meneruskan operasi kelab.
Semua itu membawa kepada konflik yang lebih teruk di Arsenal. Pada tahun lalu, Arsenal ditekan oleh China kerana tindakan Ozil mempertahankan etnik Uighur. Ozil meminta kempen Muslim Lives Matter juga harus ada seperti mana BLM.
Ozil menegaskan beliau menyokong BLM dan pada masa yang sama terkilan dengan penindasan di China.
Arsenal mengeluarkan kenyataan dan menuduh kenyataan Ozil adalah bersifat politikal dan tidak ada kaitan dengan kelab. Ozil menegaskan kenyataannya bukan bersifat politik tetapi bersifat kemanusiaan.