TERKINI: Park Hang Seo Rasmi Tinggalkan Vietnam Selepas Piala AFF 2022

Jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo secara rasmi meletak jawatan selepas Piala AFF 2022.

Sebelum ini, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) bercadang mengadakan pertemuan dengan Park Hang-seo yang diwakili Lee Dong-jun.

Dilaporkan oleh Media Vietnam Zingnews, mesyuarat ini akan diadakan pada 20 Oktober.

Ini dilakukan kerana VFF masih memerlukan khidmat jurulatih Korea Selatan sekurang-kurangnya untuk tahun hadapan. Kontrak Park akan tamat pada Januari 2023.

“Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengesahkan bahawa akan ada perbincangan dengan jurulatih Park Hang-seo.”

“Perbincangan mengenai melanjutkan kontrak akan diadakan pada hari Khamis minggu ini (20 Oktober),” tulis Zingnews.

Baru-baru ini, VFF menerusi laman web rasminya melaporkan Park Hang-seo akan meninggalkan pasukan kebangsaan Vietnam selepas Piala AFF 2022.

Acara itu juga akan menjadi yang terakhir buat Park selepas lima tahun bersama dengan bola sepak Vietnam.

Park Hang Seo bukan sekadar jurulatih buat skuad senior dan B-23 Vietnam, dia juga mentor kepada pembangunan dan revolusi bola sepak Vietnam.

Sejak mengambil alih Vietnam, Park Hang Seo menjadikan pasukan negara itu sebagai yang terbaik di Asia Tenggara dan salah satu yang terbaik di Asia.

Dalam sidang media pertamanya bersama dengan media Vietnam, dia mensasarkan mahu membawa Vietnam ke ranking 100 teratas di dunia.

Pada awalnya ramai yang skeptikal menganggap ianya cita cita kosong. Namun di bawah Park Hang Seo Vietnam berjaya melakukannya. Buat pertama kalinya mereka berada di kalangan top 100 ranking FIFA.

Ketika artikel ini ditulis, Vietnam berada di ranking ke-96.

Dia telah banyak memperbetulkan dan menyelaraskan sistem bola sepak di Vietnam.

“Saya akan sentiasa mengingati kenangan perjalanan 5 tahun saya bersama bola sepak Vietnam sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam dan pasukan kebangsaan B-23.”

“Saya sentiasa fokus pada setiap kejohanan. Walau apapun keputusannya, saya masih boleh tunaikan hasrat saya.”

“Tugas dan tanggungjawab adalah terima kasih kepada sokongan dan sokongan berterusan pemain,” kata Park Hang-seo.

Sebelum ini, Park dikhabarkan menjadi calon untuk melatih skuad B-20 Korea Selatan. Namun masih belum ada sebarang hitam putih yang disahkan.

Apa yang pasti, walaupun selepas ini dia akan meninggalkan Vietnam, Park Hang Seo berharap Korea Selatan dan Vietnam akan terus bekerjasama dalam pembangunan bola sepak.

Beliau menegaskan: “Apabila saya dilantik pada 2017, hasrat saya adalah untuk menjadi jambatan untuk mengeratkan hubungan antara Vietnam dan Korea Selatan dalam semua aspek kehidupan saya.”

“Termasuk bola sepak. Saya terus menjalankan misi itu dan memainkan peranan dalam mengekalkan serta mengeratkan hubungan persahabatan yang baik antara Vietnam dan Korea,” akhirinya.