TERKINI: Pemain Paling Berpengaruh Di Kem Bayern, Neuer Dan Muller Lancar Kempen Sokong Tuchel

Manuel Neuer dan Thomas Muller kini sedang aktif berkempen di bilik persalinan Bayern agar pemain menyokong agar Thomas Tuchel dikekalkan.

Sebelum ini Tuchel tidak sehaluan dengan beberapa pemain senior Bayern terutama sekali Joshua Kimmich. Mulut Tuchel yang terlalu terbuka mengkritik pemain seniornya membuatkan ramai pemain tidak selesa.

Bayern kini masih mencari pengurus terbaik untuk menggantikan Tuchel. Baru baru ini mereka ditolak oleh Ralf Rangnick setelah Alonso pun berbuat demikian.

Bayern dilaporkan mahu mendapatkan Oliver Glasner dari Palace. Dengan menawarkan pampasan €18 juta. Pengurus itu sudah menyatakan minatnya ke Bayern.

Malangnya Palace meminta €100 juta untuk pengurus itu. Bayern tidak akan membayar angka sebanyak itu untuk pengurus.

Beberapa pilihan lain juga masih tidak menunjukkan minat ke atas Bayern termasuk Erik Ten Hag. Walaupun Ten Hag tidak menolak kemungkinan akan mempertimbangkan jawatan di Bayern.

Beberapa bulan lalu mereka gagal memujuk Julian Nagelsmann untuk kembali ke Bayern. Dengan Nagelsmann melanjutkan kontraknya dengan DFB.

Terbaru Bayern dikatakan sedia untuk membuka pintu kepada Tuchel untuk terus kekal. Malangnya pengurus itu sebelum ini menyatakan dia akan tetap pergi walaupun Bayern memenangi UCL sekalipun. Ketika itu Bayern di separuh akhir UCL.

Kini pemain paling berpengaruh dalam kem Bayern, Manuel Neuer dan Thomas Muller memulakan kempen menyokong kepimpinan Tuchel.

Mereka berpendapat bahawa pengurus itu wajar diberikan peluang sekali lagi. Pengurusan tertinggi Bayern masih tidak menutup pintu sepenuhnya untuk Tuchel.

Menurut Neuer dan Muller, kejurulatihan Tuchel telah banyak membantu pasukan itu terutama sekali pemain muda.

Dan pemain pemain Bayern ramai yang selesa dengan staf kejurulatihan Tuchel. Jika Tuchel pergi semua staf ini akan ikut sekali.

Neuer dan Muller merasakan projek Tuchel ini harus diteruskan berbanding dengan melantik pengurus baharu yang akan membawa hala tuju baharu.

Adakah Tuchel akan tergerak hatinya untuk terus kekal di Bayern setelah mendapat sokongan daripada Neuer dan Muller?

Pemain England, Harry Kane, antara pemain yang sangat selesa dengan Tuchel. Pemain itu pastinya berharap Tuchel akan terus kekal.

Walaupun menamatkan musim ini tanpa piala, namun secara peribadinya, Kane beraksi cemerlang pada musim debutnya dengan Bayern Munich.