TERKINI: Pembaca Berita Legenda, Farid Ismeth Meninggal Dunia

Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farid Ismeth Emir disahkan meninggal dunia pada Isnin di Shah Alam, Selangor.

Berita tentang pemergian pembaca berita legenda itu disahkan sendiri oleh anaknya Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

Dipetik dari Awani, DJ Fuzz berkata: “Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Shah Alam.:

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah beliau tentu akan dirindui.”

Farith Ismeth antara pembaca berita yang sangat popular kerana kelunakan suaranya serta kiasan dan perumpamaan yang menjadi signifikan dengan beliau.

Farid Ismeth Emir menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 66 tahun.

Ia sudah pastinya satu kehilangan besar kepada industri penyiaran tanah air.

Perkembangan karier

Sebelum bekerja sebagai penyampai berita, Farit pernah bekerja dalam industri perhotelan selama 13 tahun, di mana tempat kerja pertamanya ialah di Hotel Jaya Puri pada 1970-an.

Pengalamannya yang lama dalam industri perhotelan membolehkan Farit memegang jawatan yang tinggi seperti Penolong Pengurus di Hotel Regent, Kuala Lumpur, dan kemudiannya menjadi Infront Office Manager di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Pada 1987, dalam usianya 33 tahun, Farit telah mengambil keputusan yang berisiko tinggi dengan meninggalkan jawatan selesanya dalam industri perhotelan untuk menceburi bidang “suara komersil”.

Farit mendapat dorongan yang kuat daripada individu yang terkenal dalam bidang tersebut iaitu saudara Ali Abdul Rahman dan Patrick Teo yang menyatakan bahawa dia “ada suara”.

Selepas menjalani uji suara di stesen penyiaran RTM pada Ogos 1987, dan kemudiannya menghadiri kursus lanjutan, Farit dan seorang lagi calon, Hajah Haslinda Hamzah, akhirnya berjaya terpilih untuk menjadi penyampai berita RTM.

Semasa di awal pembabitannya dalam bidang penyampaian berita, Farit yang terkenal dengan “gaya suaranya yang keInggerisan dan keAraban” turut menyampaikan berita RTM pada waktu tengahari (Sabtu & Ahad) selain daripada menjadi penyampai berita Dunia Jam 10.

Selain daripada itu, Farit turut bekerja memasukkan suara untuk iklan-iklan komersil termasuk yang paling ikonik: ‘Gaya, Mutu, Keunggulan’.

Mungkin tidak ramai yang mengingati bahawa Farit juga pernah berlakon dalam drama radio terbitan RTM yang berjudul Nombor 5 Persiaran 1 dengan membawakan watak doktor.

Farit Ismeth Emir terus setia berbakti dengan stesen televisyen kerajaan sehingga ke akhir hayatnya.

Sumber: Awani / Arkib Negara X

Baca yang lain