TERKINI: Pembicaraan Kes 115 Salah Laku Kewangan Man City Bulan Depan

Pembicaraan (hearing) ke atas kes 115 salah laku kewangan Manchester City akan didengar di hadapan mahkamah pada September akan datang, menurut sumber Martyn Ziegler. Kemudian penghakiman untuk kesemua kesalahan tersebut akan dibuat paling awal pada awal tahun 2025.

Martyn Ziegler dari The Times merupakan koresponden yang paling rapat mengikuti kes ini. Dan dia menyatakan bahawa selepas pembicaraan tersebut – bukan perbicaraan (trial) lagi – pihak juruaudit bebas akan menilai kes tersebut dalam masa 2 bulan selepas itu, dan dijangka akan berakhir pada November.

Menurut sumber yang sama, tiada tarikh spesifik diberikan untuk pembicaraan kes tersebut, namun ianya dijangka akan dibuat pada pertengahan September hadapan, jika kes ini tidak ditangguhkan lagi atas sebab sebab perundangan yang tidak dapat dielakkan.

Pembicaraan kes ini akan mengambil masa sehingga 10 minggu. Dengan Manchester City sebelum ini sudah menafikan kesemua salah laku yang dituduh ke atas mereka. Menegaskan bahawa kelab itu sentiasa bersaing secara adil dan sihat.

Menurut pertuduhan, Man City telah melanggar peraturan kewangan dalam 9 tahun kewangan berbeza. Di mana mereka melakukan kesalahan seperti, tidak menyatakan dengan tepat laporan kewangan mereka kepada pihak berkuasa tentang bayaran kepada bekas pengurus, Roberti Mancini dan pemain pemain pada era itu.

Premier League bertindak melakukan siasatan setelah laman whistleblower dari Jerman, Der Spiegel mendedahkan salah laku itu dan membocorkan dokumen yang didakwa bukti salah laku oleh Man City.

Antara dokumen yang didedahkan adalah berkaitan dengan kontrak Roberti Mancini, kemudian kontrak melibatkan hak imej pemain seperti Yaya Toure. Di mana tajaan tersebut dikatakan terus dari poket pemilik kelab dan bukannya daripada syarikat lain seperti yang dinyatakan oleh Man City.

Manchester City turut dituduh menipu angka tajaan yang dinyatakan secara berlebihan untuk mengaburi Premier League, dengan wang itu didakwa daripada pemilik kelab itu sendiri yang disuntik ke akaun pasukan.

Selain itu, Man City turut didakwa tidak memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat yang datang untuk mendapatkan informasi lebih tepat.

Pada April yang lalu, CEO Premier League, Richards Masters berjanji bahawa kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Manchester City sekali lagi melantik peguam Lord Pannick untuk mewakili mereka. Peguam yang pernah membantu mereka mengelak daripada digantung daripada beraksi dalam 2 musim UCL oleh UEFA.

Sebelum ini UEFA pernah mendapati Man City melakukan kesalahan melibatkan pengurusan kewangan dan membuatkan kelab itu digantung daripada UCL selama 2 musim.

Namun Lord Pannick mewakili Man City untuk melawan balik pertuduhan tersebut di CAS dan mereka menang kes. Ini kerana kes tersebut lebih 5 tahun dan dalam peraturan UEFA, sebarang kes yang lebih 5 tahun dianggap kes lapuk dan sudah luput.

Berbeza pula dengan kes salah laku di EPL di mana ianya tiada peraturan tarikh luput seperti itu.