Beberapa hari lalu dunia bola sepak digemparkan dengan berita Manchester City dihukum gantung 2 musim daripada beraksi di UCL.
Ditambah dengan lagi dengan denda €30 juta. Ianya gara gara mereka melanggar FFP. Ianya dianggap kesalahan serius kerana perlanggaran ke atas FFP, dengan tindakan memalsukan dokumen serta tidak memberikan kerjasama kepada UEFA untuk membuat siasatan.
Dan sebentar tadi Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi, pula didakwa dengan pertuduhan merasuah bekas Setiausaha Agung Jerome Valcke untuk mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia.
Kesalahan yang didakwa adalah berkaitan dengan masa Al-Khelaifi sebagai pengerusi kumpulan media BeIN.
beIN dilaporkan mendapatkan hak penyiaran itu dengan cara kotor.
Kes ini tidak ada kaitan dengan pemilikannya terhadap kelab bola sepak Perancis PSG.
Namun sebelum ini Javier Tebas mempersoalkan kenapa Man City kena dan PSG tak kena.
Menurut Tebas, PSG juga melanggar FFP lebih awal. Di mana Tebas menyatakan hari mereka membeli Neymar dahulu – PSG secara automatik gagal dalam FFP.
Mana mungkin mereka membayar yuran klausa perpindahan sekitar €222 juta tanpa terkena FFP. Seterusnya PSG kemudian mendapatkan Mbappe secara pinjaman dan komited dengan bayaran €180 juta pada musim seterusnya.
Neymar dan Mbappe dibawa masuk ke PSG pada jendela perpindahan yang sama.
Namun kes kali ini, hanya berkaitan dengan beIN dengan bekas setiausaha agung FIFA, Jerome Valcke.
Jika Naser Al Khelaifi didapati bersalah, ia akan menjadi kes besar sekali lagi melibatkan rasuah dalam bola sepak.
Beberapa tahun lalu FIFA digemparkan dengan berita presidennya ketika itu Sepp Blatter yang ‘menjual’ hak penganjuran piala dunia dengan rasuah.
Sebagai tambahan, Khelaifi adalah salah seorang daripada ExCo UEFA.
https://twitter.com/SkySportsNews/status/1230447676933726208?s=19