TERKINI: Perisic Retak Buku Lali Kerana Bentesan Odriozola Pada Sesi Latihan

Bukan hari yang bagus untuk Bayern Munich, hari ini. Ianya gara-gara pemain muda yang baru dipinjam oleh mereka, iaitu Alvaro Odriozola secara tak sengaja telah mematahkan buku lalu Ivan Perisic.

Pengurus interim Bayern Munich, Hansi Flick mengesahkan pemain sayap dari Croatia itu akan tersisih sekurang-kurangya sebulan kerana perlu merawat kecederaannya.

Bild melaporkan, Perisic segera digegaskan ke pusat perubatan kerana kecederaan yang dialaminya.

Kejadian itu baru sahaja berlaku har ini, Selasa. Odriozola baru sahaja menyertai Bayern Munich selama seminggu.

Ianya selepas beliau berjaya mendapatkan perjanjian secara pinjaman ke kelab tersebut, dari Real Madrid.

Flick dalam sidang media sebelum perlawanan DFB Pokal pusingan ketiga berhadapan Hoffenheim, berkata: “Kami mulanya ingat ianya tak serius. Namun rupa-rupanya berlaku keretakan pada buku lali luarnya.”

“Ianya perlu dibetulkan semula. Ini bermakna Perisic mungkin akan berehat sekurang-kurangnya 4 minggu, dan barulah beliau boleh menyambung latihan semula.”

“Perkara seperti ini biasa berlaku dalam bola sepak. Cuma dalam situasi berbeza.”

Berita ini pastinya kurang enak untuk Bayern kerana mereka selepas ini mereka ada jadual yang sangat padat.

Bayern sudah kembali ke puncak Bundesliga, hasil enam kemenangan berturut-turut dicatatkan oleh mereka.

Bayern akan menjamu kunjungan Hoffenheim selepas ini, diikuti perlawanan panas berhadapan dengan RB Leipzug pada Ahad.

Mujur Bayern Munich berjaya menerima kembli Serge Gnabry yang kembali cergas 100%.

Selain daripada Gnabry, Lucas Hernández dan Kingsley Coman juga sudah pulih.

Coman dijangka akan terlibat dalam aksi pada hujung minggu ini.

Flick kini berusaha untuk membantu Bayern Munich dalam mengekalkan kejuaraan liga. Beliau sudah diberikan isyarat oleh pengurusan tertinggi, bahawa, kecemerlangan beliau dalam liga dan kempen UCL akan membolehkan beliau mendapat jawatan tetap selepas ini.

Namun Flick enggan memberikan komen akan perkara itu. Beliau juga tahu bahawa kelab seperti Bayern Munich sedar dan tahu apa kehendak mereka, dalam mencari orang yang tepat.

Beliau menyerahkan sepenuhnya masa depan beliau kepada pengurusan tertinggi dan tidak mahu mendesak mereka dalam membuat apa-apa keputusan.

Semoga cepat sembuh kepada Ivan Perisic. Diharap perkara ini tidak memberikan impak kepada Alvaro Odriozola selepas ini.

Baca yang lain