TERKINI: Pochettino Mahu Pulang Ke Spurs, Hazard Mahu Pulang Ke Chelsea

Independent UK melaporkan bahawa Mauricio Pochettino serius mempertimbangkan kepulangan semula ke Tottenham walaupun beliau kini mengendalikan pasukan sarat bintang PSG.

Pochettino dilaporkan kurang senang dengan desas desus lembaga pegarah PSG yang meletakkan tekanan bahawa Pochettino harus memenangi UCL dan Ligue 1 pada musim ini.

Tekanan semakin memuncak apabila PSG tersingkir dari UCL dan kemudian keciciran beberapa mata penting dalam usaha mereka mahu mempertahankan Ligue 1.

Pochettino menyertai PSG selepas banyak kelab mahukan beliau sebaik sahaja dia dipecat Spurs pada November 2019. Pochettino ketika itu digantikan oleh Jose Mourinho.

Pochettino dipecat selepas beliau bergelut nak mengeluarkan Spurs dari pertengahan liga.

Yang paling sukar diterima, Pochettino musim sebelum itu tidak diberikan dana perpindahan kerana stadium baharu. Beliau menerimanya dan membawa Spurs sehingga ke final UCL.

Namun pengorbanan Pochettino terus tidak dihargai. Beliau malah dengan terbuka menyatakan dia bukan pengurus, cuma jurulatih sahaja. Sindiran kepada Levy yang tidak berkomunikasi langsung tentang pembelian pemain.

Pengurusan Levy hanya membeli dan menjual pemain ikut suka mereka. Pochettino bergelut untuk membentuk pasukan sesuai acuan beliau.

Membuatkan beliau dipecat dan kemudian Spurs berbelanja untuk mendapatkan beberapa pemain untuk Mourinho.

Pochettino kemudian mendapat tawaran impian dari bekas kelab lamanya PSG. Yang ada nama besar seperti Neymar dan Mbappe.

Namun Pochettino tidak begitu merasakan tugasan di PSG tidak seindah yang beliau sangkakan.

Sumber dari Independent menyebut, Pochettino akan membuka rundingan jika Spurs mahukan beliau kembali semula. Kerana beliau terlalu kuat rasa hubungan dengan kelab dan peminat di sana.

Pochettino sentiasa menyatakan dia tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku di Spurs walaupun dipecat, beliau tak pernah mengkritik mereka. Malah dia dan Levy masih berhubungan sehingga sekarang.

Eden Hazard nak pulang ke Chelsea

Dalam satu lagi berita ‘aku mahu pulang ke kelab lama’. Eden Hazard dilaporkan mahu pulang ke Chelsea, sekiranya Real Madrid membeli Kylian Mbappe.

Hazard merasakan kehadiran Mbappe akan menutup ruang untuknya menjadi bintang utama kelab.

Mbappe merupakan pemain yang sudah menyatakan bahawa beliau hanya akan berpindah ke kelab yang menawarkan posisi sayap kiri dan penyerang utama / central forward untuknya.

Dengan adanya Karim Benzema, Mbappe dilihat sangat cocok mengisi posisi sayap kiri. Di PSG, Mbappe banyak bermain di no.9 atau sayap kanan kerana adanya Neymar.

Hazard masih bergelut untuk membuktikan dirinya pemain yang bernilai EUR120 juta. Beliau juga banyak diganggu kecederaan dan sukar untuk mendapatkan rentak. Bukan itu sahaja, Hazard turut bergelut dengan isu berat badannya di Real Madrid.

Adakah Thomas Tuchel akan membuka pintu kepada Hazard jika situasi itu benar benar berlaku?

Beberapa hari lalu, pengarah sukan PSG, mengesahkan Mbappe akan terus kekal di PSG musim hadapan. Namun segalanya tidak mustahil berlaku kerana Mbappe masih belum melanjutkan kontraknya di Paris St Germain.

Baca yang lain