Sebelum ini peguam Paul Pogba berikrar mahu melawan hasil ujian daripada Agensi Anti Dadah Itali selepas pemain itu kantoi dalam ujian doping sebelum ini.
Beberapa minggu lalu, pemain itu baru sahaja kembali cergas, namun kini terpaksa menyaksikan aksi di rumah sekali lagi.
Juventus mengesahkan bahawa mereka sudah menerima surat rasmi daripada Pejabat Agensi Anti Doping Kebangsaan Itali.
Juventus midfielder Paul Pogba has now been provisionally suspended for anti-doping offense. ⚪️⚫️⚠️
Decision has been officially confirmed by Italy’s National Anti-Doping tribunal statement. pic.twitter.com/NbTqsW4gUh
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 11, 2023
Kelab dalam kenyataannya berkata: “Pogba telah digantung atas kesalahan anti doping. Kelab akan mempertimbangkan langkah yang perlu untuk proses seterusnya.”
BREAKING: Paul Pogba has tested positive for doping. pic.twitter.com/2QDt9u7rCH
— Total Football (@TotalFootbol) September 11, 2023
Juventus dikatakan sedia untuk menamatkan kontrak pemain itu jika dia dikenakan penggantungan sehingga 4 tahun kerana kesalahannya.
Peguam Pogba sudah menyatakan bahawa mereka yakin pemain itu bersih.
Dan terbaru, satu lagi ujian diadakan ke atas sampel simpanan Paul Pogba. Bermakna Pogba kini benar bernar berdepan masalah besar. Kelab berbincang tentang kontrak pemain itu.
🚨 BREAKING: Paul Pogba has tested doping positive also to backup sample today.
🇫🇷 Juventus will now decide how to proceed with his contract as Pogba faces risk of long-term ban. pic.twitter.com/SzLedWaTey
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 6, 2023
Sejak kembali ke Juventus dari Man United pada musim lalu, pemain itu masih tidak menikmati karier yang indah.
Dia terus dilanda kecederaan yang membuatkan dia berehat panjang.
Ketika dia kembali pada kira kira hampir pertengahan musim lalu, dia dilanda kecederaan sekali lagi membuatkan dia terlepas aksi Piala Dunia 2022.
Pogba bagaimanapun mempertikaikan kenapa Deschamps tidak menyertakan namanya, kerana dia yakin dia boleh cergas sepenuhnya ketika sepak mula di Qatar.
Pogba turut memuat naik gambar yang menyindir Deschamps sambil menunjukkan dia berlatih dengan sangat cergas,
Juventus terus meletakkan kepercayaan bahawa Pogba akan kembali menjadi pemain tengah elit mereka. Dan kini pemain itu berdepan dengan kesalahan positif doping.
Dia berdepan dengan hukuman berat jika kandungan barang terlarang berdasarkan jumlah kandungan bahan terlarang dalam badannya.
Juventus pastinya tidak gembira dengan berita ini. Dan tidak menolak akan membatalkan kontrak Pogba jika pemain itu digantung lama.
🚨 More on Pogba: Should the news about Pogba be confirmed, Juventus will negotiate a termination with the player, saving two years of his contract‼️(@SNavaTweet) pic.twitter.com/hj2HS6ONm0
— JuveFC (@juvefcdotcom) September 11, 2023
Walaupun Pogba menerima pengurangan gaji di Juventus, namun angka gajinya masih besar kerana mengambil kira status ekonomi kelab itu yang kini agak bermasalah.
Sebelum ini Andre Onana pernah kehilangan kontrak baharunya di Ajax kerana digantung 12 bulan atas kesalahan doping. Ajax memutuskan untuk menarik semula tawaran lanjutan kontrak kepadanya.
Namun Onana berjaya melawan kes itu dengan kenyataan konsisten bahawa dia tak sedar ubatan dia ambil mengandungi lebih bahan terlarang. Kerana ubat itu diberikan isterinya. Dia mengakui kesilapannya kerana tidak mendapatkan nasihat doktor kelab.
Membuatkan hukumannya dikurangkan kepada 9 bulan kerana dia tidak layak menerima hukuman selama setahun. Namun dia tetap bertanggungjawab kerana cuai. Dia akhirnya menyertai Inter Milan.