Polis Sweden mengesahkan bahawa mereka ada menerima laporan tentang Kylian Mbappe. Di mana seorang wanita mendakwa dirinya dinodai Mbappe tanpa rela.
Mbappe sebelum ini melawat rakannya di Sweden. Ketika skuad Perancis ada tugasan kebangsaan di negara itu. Namun Mbappe dikecualikan kerana kecederaan.
Mbappe mengambil kesempatan dengan berparti bersama rakan rakannya.
Tindakan Mbappe berparti itu mendapat kritikan ramai pihak.
🇫🇷 Kylian Mbappé was spotted clubbing in Stockholm, Sweden during Israel vs. France in the Nations League last night. 🪩
Captain material? 🙄
📸 @sportbladet / @footmercato pic.twitter.com/A9LvB4z4Br
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) October 11, 2024
Namun dua rakan baiknya Wesley Fofana dan Matteo Guendouzi mempertahankan tindakan kapten kebangsaan Perancis itu.
Mbappe telah berpesta pora bersama rakan rakannya dan ditemani pengawal peribadinya.
Kemudian seorang wanita mendakwa dia diperkosa di tempat parti tersebut. Wanita itu memetik nama Mbappe sebagai individu yang bertanggungjawab di atas perbuatan terkutuk itu.
Polis bertanya siapakah individu yang bertanggungjawab. Wanita itu terus memetik nama Kylian Mbappe.
Bertindak atas laporan itu polis Sweden terus memulakan siasatan ke atas Mbappe. Wanita tersebut mendakwa dia dilecehkan secara seksual.
Ujian DNA dan rakan rakaman kamera litar tertutup sudah diserahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan pihak polis Sweden.
https://x.com/MaqsoodAsi/status/1846218451137753204?t=AaF4m2Ryr-bjWczU84wi-Q&s=19
Pihak Mbappe menerusi ejennya sudah membuat penafian bahawa pemain itu melakukan perkara tidak senonoh itu. Seterusnya peguam Mbappe enggan mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu.
Sementara itu Real Madrid yakin sepenuhnya bahawa Kylian Mbappe tidak akan melakukan perkara terkutuk seperti itu dan enggan melayan berita yang dianggap tidak berasas itu.
🚨 Real Madrid have no doubts about the falsehood of the information that Kylian Mbappé is accused of a rape complaint in Sweden.
Internally, this matter is not even an issue.
(Source: @RMCsport) pic.twitter.com/2b3vj1b5NY
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 15, 2024