TERKINI: PSG Buat U Turn! Kylian Mbappe Kembali Ke Pasukan Utama

Semalam PSG membuat penampilan pertama untuk musim baharu Ligue 1. Dan segalanya serba tak menjadi di hadapan gol walaupun mereka melakukan 20 percubaan ke gawang lawan.

Dalam beberapa aksi pra musim sebelum ini juga PSG bergelut untuk menang berdepan dengan Inter dan Bayern dalam aksi pra musim tanpa Kylian Mbappe.

Mbappe sebelum ini berlatih seorang diri berasingan daripada pasukan utama. Sebagai menuruti arahan bahawa dia tidak boleh berada dalam pasukan utama.

PSG sebelum ini diarahkan oleh Nasser Al Khelaifi agar tidak menurunkan Kylian Mbappe langsung musim ini jika dia tidak mahu melanjutkan kontrak.

PSG juga sudah menjelaskan kepada Mbappe bahawa dia harus menerima perpindahan ke Al Hilal yang menawarkan €300 juta kepada kelab itu atau dia akan terus berada di bangku simpanan tanpa dibenarkan bermain.

Mbappe sudah memberitahu pendiriannya, dia tak mahu berpindah dan sedia makan gaji buta.

PSG sudah lama mengesyaki Mbappe ada kesepakatan dengan Real Madrid untuk menyertai gergasi Sepanyol itu secara percuma pada musim hadapan.

Namun selepas keputusan pertama yang kurang meyakinkan dalam Ligue 1. Kini PSG telah membuat pusingan dengan memasukkan semula Mbappe ke dalam pasukan utama.

Dia dibenarkan berlatih kembali dengan skuad PSG dan terlibat semula dalam perlawanan.

Mbappe akan menjadi pemain penting Luis Enrique. Sebagaiamana yang pengurus itu nyatakan sebelum ini kepada pengurusan tertinggi. Di mana Enrique ketika itu mahukan isu Mbappe dislesaikan segera.

Kerana jika Mbappe masih tidak dijual selepas jendela perpindahan ditutup, Enrique mahu menggunakan pemain terbaik PSG itu dalam pasukannya demi mencapai misi pasukan.

PSG menyatakan bahawa keputusan untuk memasukkan semula Mbappe ke dalam pasukan dibuat sebelum perlawanan menentang Lorient lagi.

Banyak impak daripada ketiadaan Mbappe sama ada kepada PSG atau Ligue 1.

Sebelum ini beberapa kelab menzahirkan keresahan mereka jika Mbappe terus dibekukan PSG. Ianya membuatkan Ligue 1 hilang daya tarikan.

Seterusnya PSG juga bakal kehilangan beberapa bonus tajaan eksklusif melibatkan hak imej Mbappe yang turut dipegang kelab.

PSG sebelum ini pernah memberitahu Mbappe mereka sedia untuk menawarkan kontrak jangka pendek kepada pemain itu asalkan dia tak pergi secara percuma. Kerana ianya akan memaksa kelab menanggung beban kewangan yang tinggi.

Ini juga akan membuatkan kelab terpaksa menjual beberapa pemain dan juga memecat beberapa staf kerana tak mampu menganggung kos tersebut.

Oleh sebab itu PSG sedia buat u turn polisi mereka ke atas Mbappe.

Ini bukan pertama kali PSG U turn dalam situasi Mbappe. Pertamanya ketika mereka mendesak Mbappe untuk sign kontrak baharu menjelang 15 Julai atau pemain itu harus dijual.

Kemudian Mbappe buat tak tau je.

PSG buat U Turn dengan memberikan tarikh baharu iaitu 31 Julai.

Pun Mbappe buat derk je.

PSG mengarahkan agar Mbappe dilarang bermain atau berlatih.

Sekali lagi Mbappe buat bodo.

PSG mengubah polisi, Mbappe dibenarkan berlatih namun secara berasingan namun tidak boleh bermain jika tak sign kontrak baharu.

Mbappe cuma mendengar bodo bodo gitu je la arahan tu.

Dan sekarang Mbappe akan kembali bertugas macam biasa selepas dia mendapat bonus kesetiaan €60 juta.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah