TERKINI: PSG Mahu Rundingan Dengan Mourinho Dimuktamadkan Segera!

PSG kini benar benar serius mahukan Jose Mourinho menjadi pengurus baharu kelab itu.

Pengarah sukan PSG, Luis Campos sedang berunding dengan wakil Jose Mourinho. Dilaporkan bahawa PSG mahu rundingan itu segera dimuktamadkan.

PSG merasakan bahawa Mourinho orang yang sangat tepat mengendalikan kelab itu. Kerana dia memiliki rekod yang sangat baik di UCL.

Dia membantu Porto dan Inter Milan menjadi juara UCL di dalam kariernya.

Dengan kualiti yang dimiliki PSG, Mourinho dijangka tiada masalah untuk melakukannya bersama kelab di kota Paris itu.

RMC turut mengesahkan bahawa Jose Mourinho berminat untuk menjadi pengurus PSG.

Ketika ini, PSG diuruskan oleh Christophe Galtier.

Di mana pengurus itu mulai mendapat tekanan setelah gagal membantu kelab itu menjuarai UCL musim ini.

Di PSG, kegagalan memenangi UCL akan sentiasa meletakkan mana mana pengurus dalam risiko untuk dipecat.

Kes yang sama berlaku kepada Mauricio Pochettino, Thomas Tuchel dan nama nama lain sebelum ini.

Kejuaraan domestik bukan ukuran sebenar kejayaan pengurus di PSG.

Jose Mourinho sudah memberitahu ejennya, Jorge Mendes bahawa dia berminat untuk menjadi pengurus Real Madrid atau PSG. Namun tidak akan sesekali mempertimbangkan tawaran dari Chelsea, jika ada.

Real Madrid turut dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menggantikan Carlo Ancellotti yang turut dikaitkan dengan jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Brazil.

Chelsea, walaupun tidak menunjukkan minat mendalam ke atas Mourinho, namun kelab itu juga sedang mencari pengurus tetap yang baharu.

Jose Mourinho ketika ini sedangn membimbing pasukan Itali, AS Roma.

Baca yang lain