Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia, PSSI secara rasmi memecat telah memecat Shin Tae Yong daripada jawatan ketua jurulatih Pasukan Kebangsaan Indonesia .
Pengesahan ini dibuat oleh Ketua Umum PSSI Erick Thohir dalam sidang media di Jakarta, pada Isnin.
“Sudah tentu kami ingin mengucapkan terima kasih kepada prestasi jurulatih Shin Tae Yong setakat ini, hubungan kami sangat baik, dan kami melakukan yang terbaik untuk program yang diingini,” kata Erick.
“Tetapi sudah tentu kedinamikan Pasukan Kebangsaan Indonesia memerlukan perhatian khusus daripada kami dalam penilaian.
“Kami melihat keperluan untuk seorang pemimpin yang lebih boleh melaksanakan strategi yang pastinya dipersetujui oleh pemain, komunikasi yang baik dan pelaksanaan yang lebih baik,” kata Erick.
Erick Thohir seterusnya mengesahkan Shin Tae Yong telah menerima makluman daripada PSSI, melalui Pengerusi Agensi Pasukan Kebangsaan (BTN) Sumardji, berhubung pemecatannya.
“Encik Sumardji sudah berjumpa dengan Coach Shin Tae Young pagi tadi, sudah menerima surat menyuratnya, nanti sudah tentu ada proses seterusnya berhubung hubungan kami yang telah berakhir dan saya ucapkan terima kasih,” kata Erick.
Shin Tae Yong sepatutnya masih mempunyai kontrak dengan PSSI sehingga 2027.
Sepanjang bersama Indonesia, Shin Tae Yong membangkitkan semula Indonesia sehingga berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2024.