TERKINI: Real Madrid Nak Haaland Musim Depan

Real Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Norway, Erling Haaland bagi memperbaiki krisis serangan mrreka hadapi ketika ini.

Atau lebih tepat, Real Madrid mahukan pemain penjaring 20-30 gol semusim. Selepas kehilangan Cristiano Ronaldo mereka bergelut dengan aspek tersebut.

Mereka sebelum ini mendapatkan Eden Hazard dan Luka Jovic, namun kedua dua pemain itu masih belum dapat membuktikan kualiti mereka dan kerap diganggu kecederaan.

Yang ada ketika ini adalah Karim Benzema yang merupakan penyerang veteran dalam pasukan Real Madrid.

Los Blancos dilapor mahu berbincang dengan Borussia Dortmund mengenai situasi penyerang itu yang dilaporkan ada klausa pelepasan di dalam kontrak beliau.

Erling Haaland yang berusia 19 tahun kini sudah meledak 12 gol dalam 8 penampilan untuk Dortmund dan hampir mencecah 40 gol musim ini selepas mencatat 28 dengan bekas pasukannya, RB Salzburg.

Antara aksi cemerlang beliau adalah ketika membantu borrusia Dortmund mengalahkan Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara Juara Eropah, peringkat 16 akhir perlawanan pertama.

Di mana ketika itu Erling Haaland meledak dua gol.

Menurut Marca, Erling Haaland akan menjadi sasaran perpindahan utama Real Madrid musim panas ini.

Sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab itu dua musim lalu, Madrid sangat merindui 40-50 gol setiap musim daripada pemain itu.

Erling Haaland baru sahaja menyertai Borussia Dortmund pada Januari lalu. Pastinya sukar untuk Borussia Dortmund mahu melepaskan pemain itu.

Namun jika Haaland berminat dengan perundangan ke kelab gergasi itu, bermakna Borussia Dortmund terpaksa melepaskan beliau ataupun menawarkan kontrak baharu yang lumayan.

Selain daripada Erling Braut Haaland, Real Madrid juga dilaporkan mahu mendapatkan Mohamed Salah dari Liverpool.

Zinedine Zidane merasakan masalah utama Real Madrid sekarang adalah serangan. Pemain seperti Gareth Bale yang memiliki rekod gol yang baik, pula, sering cedera dan tak cergas.

Erling Haaland pemain yang masih muda. Memiliki gaya permainan seperti Karim Benzema. Namun beliau memiliki kepantasan yang luar biasa.

Sebelum ini ejen beliau, Mino Raiola menyatakan pemain itu memilih untuk menyertai Borussia Dortmund kerana yakin pasukan tersebut memiliki segala-galanya untuk membantu beliau menjadi salah seorang penyerang terbaik di dunia.

Haaland telah menjadi buruan banyak kelab sebelum ke Signal Iduna Park. Ini termasuk Manchester United dan Juventus yang pernah menawarkan kontrak kepada pemain itu.

Akhirnya beliau memilih untuk menyertai Borussia Dortmund.

Erling Haaland terus menjadi pemain dalam kesebelasan utama pasukan Borussia Dortmund sebaik sahaja menyertai mereka.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan