TERKINI: Real Madrid Sedia Beli Trent Alexander Arnold Januari Ini

Real Madrid sebelum ini merancang untuk mendapatkan Trent Alexander Arnold secara percuma selepas tamat musim ini.

Namun kini Madrid sedia membawa masuk pemain itu lebih awal pada Januari ini dengan mengeluarkan wang untuk membeli pemain itu – menurut sumber Relevo.

Hal ini kerana Real Madrid berdepan dengan krisis kecederaan yang serius melibatkan pemain seperti Dani Carvajal, Lucas Vasquez, Eder Militao dan Aurelien Tchouameni.

Real Madrid memang sudah mengenalpasti Trent Alexander Arnold sebagai pengganti Dani Carvajal untuk jangka masa panjang. Cuma kini dia dimahukan datang ke Bernabeu lebih awal daripada yang dirancang sebelum ini.

Selain daripada boleh bermain di bek kanan, Tren Alexander Arnold boleh menjadi bidan terjun bermain di bahagian tengah. Sepertimana dia lakukan di Liverpool dan di England.

Pemain itu masih belum melanjutkan kontraknya di Anfield. Dan kontrak semasanya berakhir selepas tamat musim ini.

Selain daripada Trent Alexander Arnold, Real Madrid turut merancang membawa masuk Alphonso Davies yang juga akan tamat kontrak pada musim panas 2026.

Berbeza dengan Trent Alexander Arnold, Real Madrid lebih tenang untuk situasi Davies. Walaupun mereka sedia untuk membayar Bayern Munich untuk membeli pemain itu jika kelab Jerman itu sedia menerima bayaran yang rendah.

Sebelum ini Madrid menawarkan sekitar €25 juta – €30 juta untuk membeli Davies dari Bayern. Namun ditolak kelab itu yang meminta sekurang kurangnya €50 juta untuk pemain antarabangsa Kanada itu.

Bayern juga mengkritik strategi Real Madrid yang dikatakan tidak bersungguh sungguh mahu membeli Davies. Sebaliknya mereka cuma membida harga rendah untuk menghantar isyarat kepada pemain itu bahawa mereka berminat mendapatkannya

Ini akan mengganggu fokus pemain itu dan boleh membuatkan Davies tidak mahu melanjutkan kontrak. Situasi ini sama seperti David Alaba sebelum ini menurut kem Bayern Munich.