Bintang tengah paling penting Man City dalam beberapa musim kebelakangan ini, Rodri disahkan mengalami ACL. Laporan awal malah menyebut bahawa pemain itu sudah boleh dikira bakal terlepas musim ini.
Rodri mendapat kecederaan itu ketika berdepan dengan Arsenal di Etihad. Aksi panas antara kedua dua pasukan berakhir dengan keputusan seri 2 sama.
🚨 | BREAKING: FutMob is reporting Rodri has sustained a Cruciate Ligament Injury vs. @Arsenal and is expected to be out for the REST OF THE SEASON. ⚠️🤕 pic.twitter.com/1Zw8obl7TK
— City Chief (@City_Chief) September 23, 2024
Berita ini tamparan hebat buat Man City yang memiliki rekod meyakinkan setiap kali Rodri di atas padang. Dan sebaliknya apabila dia tiada di atas padang. Pep Guardiola memiliki pilihan Mateo Kovacic di bahagian tengah tersebut.
Dan jendela perpindahan Januari nanti Man City mungkin akan cuba mencari pemain tengah baharu untuk mengisi kekosongan Rodri.
Rodri merupakan bintang penting Man City dan Sepanyol. Dia menjadi maestro La Roja ketika Sepanyol menjuarai Euro 2024.
Rodri dibawa keluar pada separuh masa pertama selepas pertembungan dengan Thomas Partey. Dia mendarat di atas padang dengan kaki kanannya terpelecok. Dia terus meraung kesakitan. Sebelum itu dia juga terlibat dalam pertembungan dengan Kai Havertz.
Pep Guardiola sebelum ini sudah membayangkan kecederaan itu sebagai agak serius. Dan berita terbaru menyebut bahawa Rodri alami ACL dan terlepas baki musim ini.
Man City dalam kempen untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali kelima berturut turut. Aksi seterusnya, Man City akan bertemu Watford pada Piala EFL dan aksi besar menentang Newcastle di St James’ Park dalam saingan Liga Perdana Inggeris.