TERKINI: Ronaldo Tak Akan Melapor Diri Hari Ini Atas Alasan Keluarga, Kelab Menerimanya

Pemain legenda berusia 37 tahun, Cristiano Ronaldo mengejutkan semua orang pada hari Sabtu selepas meminta untuk meninggalkan Old Trafford jika ‘tawaran yang memuaskan’ tiba pada jendela perpindahan musim panas.

Tidak lama kemudian, Manchester United menegaskan Ronaldo bukan untuk dijual dan mengharapkan dia memenuhi komitmen tahun terakhir kontraknya.

Skuad Man United akan melaporkan diri untuk latihan pramusim pada hari Isnin.

Erik Ten Hag sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia menjangkakan pemain itu akan melapor diri pada Isnin seperti dijanjikan.

Pengurus itu dikatakan akan duduk semeja bersama Ronaldo dalam usaha membincangkan masa depan pemain.

Samuel Luckhurst dari Manchester Evening News mendakwa Ronaldo tidak akan kembali seawal Isnin seperti yang dijangka ‘atas sebab keluarga dan kelab telah menerima penjelasan ini’.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu percaya dia mempunyai tiga atau empat tahun lagi di peringkat teratas dan mahu bermain bola sepak Liga Juara-Juara.

Ronaldo dikatakan kurang yakin dengan Manchester United akan mampu menjuarai piala yang besar pada musim hadapan. Piala besar merujuk kepada EPL, memandangkan UCL sudah tidak berada dalam kempen mereka.

Bayern Munich, Chelsea dan Napoli semuanya telah dikaitkan tetapi peluang untuk berpindah tidak mungkin.

Menurut The Athletic, Bayern membincangkan perpindahan tetapi memutuskan ia tidak masuk akal memandangkan skuad dan struktur gaji semasa mereka.

Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly bertemu ejen Ronaldo, Jorge Mendes, bulan lalu dan perpindahan telah dibincangkan.

Bos Blues, Thomas Tuchel tidak begitu berminat dengan perpindahan tetapi berikutan pinjaman Romelu Lukaku ke Inter Milan, Ronaldo adalah pilihan yang sangat baik.

Presiden Napoli Aurelio De Laurentiis sebelum ini menolak idea Edinson Cavani kembali ke kelab kerana usianya, dan Ronaldo dua tahun lebih tua daripada pemain antarabangsa Uruguay itu.

Tetapi Ronaldo adalah pemain yang berbeza. Musim lalu dia masih menjadi penjaring terbanyak kelabnya dan bermain sangat banyak perlawanan.

Paris Saint-Germain tidak berminat dengan Ronaldo. Walaupun musim lalu dikaitkan dengan Ronaldo. Ini kerana PSG sendiri cuba menstruktur semula gaji para pemainnya yang dianggap terlalu kritikal.

Man United menduduki tempat keenam musim lalu dengan 58 mata, jumlah mata terendah mereka dalam era Liga Perdana Inggeris.

Enam pemain pasukan utama berlepas sebagai ejen bebas dan Ronaldo dikatakan kecewa dengan kekurangan transaksi membawa pemain berkualiti pada musim panas. Itu menggambarkan bahawa kelab kurang bercita cita lebih besar.

Tyrell Malacia dijangka melengkapkan perpindahan dari Feyenoord minggu ini, manakala perpindahan untuk pemain pertahanan Ajax, Lisandro Martinez, dalam agenda seterusnya. Namun mereka berdepan saingan sengit dari Arsenal.

Perbincangan diteruskan dengan Barcelona mengenai Frenkie de Jong dan Christian Eriksen masih belum memutuskan masa depannya.

De Jong kembali memberikan harapan kepada United.  Ini selepas pemain itu menyatakan bahawa dia tak mahu dikurangkan gaji di Barca.

Laporta sebelum ini membuat U turn mahu mengekalkan De Jong dengan syarat pemain itu menerima pengurangan gaji.

Manchester United benar benar perlu mempercepatkan lagi proses pembelian pemain di bahagian penting. Kerana mereka banyak kehilangan pemain pada akhir  musim lalu.

Ronaldo sebelum ini meminta penyokong Man United memberikan sokongan padu kepada Erik Ten Hag termasu memberikannya masa sebaiknya untu memulakan projeknya di Old Trafford.

Malangnya ketika ini, Ronaldo pula mulai meragui projek tersebut. Ramai peminat Man United faham kenapa Ronaldo tidak yakin dengan persiapan projek baharu kelab.

Salah seorang berkata: “Sekurang kurangnya Ronaldo memberitahu dia tak suka bermain di UEL dan mahu beraksi di UCL. Berbanding dengan ramai pemain kita yang tiada rasa bersalah ketika gagal bermain di UCL.”