[TERKINI] Rossi: Saya Akan Sertai Petronas Yamaha Musim Depan

Juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi mengulangi komitmennya untuk menyertai pasukan yang berpangkalan di Malaysia, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) musim depan.

Tanpa memberikan maklumat lanjut, pelumba Itali berumur 41 tahun yang digelar sebagai ‘The Doctor’ itu menegaskan bahawa beliau tidak merancang untuk bersara buat masa ini.

“Kami perlukan masa dengan (pasukan saya) Monster Energy Yamaha dan kami tidak tergesa-gesa, tetapi telah hampir pasti untuk menandatangani (perjanjian) dengan (Petronas Yamaha SRT).

“Saya akan berlumba bersama Petronas (Yamaha SRT) tahun depan, dan saya ingin mengatakan ia sudah 99 peratus sebab belum ditandatangani lagi, tetapi mungkin (di GP Catalunya) Barcelona (pada 27 Sept), kami akan mengumumkannya,” katanya yang dipetik menerusi sidang media praperlumbaan menjelang GP San Marino hujung minggu ini.

Prinsipal pasukan Petronas Yamaha SRT Datuk Razlan Razali sebelum ini memaklumkan bahawa Rossi hampir pasti menyertai pasukan itu, namun belum menandatangani perjanjian memandangkan beliau perlu menyelesaikan beberapa masalah dengan pasukannya.

— BERNAMA

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai