TERKINI: Rudiger Setuju Sertai Juventus Secara Percuma

Juventus terus menjadi pakar dalam perpindahan percuma. Kerana mereka sering mendapatkan pemain pemain berkualiti tinggi secara ejen bebas.

Terbaru, Gazetta Dello Sport melaporkan kelab Itali itu berjaya mencapai kesepakatan untuk mendapatkan Rudiger secara percuma.

Pemain bek tengah Chelsea itu masih kontraknya akan berakhir hujung musim ini. Chelsea tidak dibenarkan melanjutkan kontrak mana mana pemain pada ketika ini.

Kerajaan memberikan Chelsea lesen khas untuk beroperasi sebagai kelab bola sepak. Pengecualian itu diberikan kerana mengambil kira kebajikan pemain, staf dan juga jurulatih.

Lesen tersebut juga diberikan untuk membolehkan Roman Abramovich menjual kelab tersebut dengan syarat dia tak berhak mengambil walau sesen pun daripada hasil jualan.

Rudiger bakal ke Juventus

Rudiger sebelum ini gagal mencapai kesepakatan dengan Chelsea selepas pemain itu dilaporkan mahu menjadi penerima gaji tertinggi di Stamford Bridge dalam kontrak baharunya.

Namun Chelsea dan Rudiger masih cuba mencari penyelesaian. Sehinggalah kini, kelab itu dibekukan kerana sekatan ke atas Abramovich.

Bayern Munich antara pasukan yang berminat dengan Rudiger. Selain daripada Real Madrid, Barcelona dan PSG turut mengintai khidmat pemain itu.

Namun buat masa ini, GDS menyatakan bahawa pemain itu sedang menunju ke Turin untuk menerima gaji €6.5 juta semusim bersama dengan mereka.

Selain itu, Juventus juga berminat untuk mendapatkan Jorginho yang kontraknya akan berakhir pada 2023. Sebelum ini Sarri pernah meminta Juventus membeli Jorginho namun kelab menentangnya kerana Juve ada lambakan pemain tengah.

Dalam beberapa tahun sebelum ini Juventus mendapatkan ramai nama besar daripada ejen bebas. Ini termasuk Andrea Pirlo, Dani Alves, Sami Khedira, Emre Can, Adrien Rabiot dan Aaron Ramsey.

Rudiger bukan nama baru dalam Serie A. Dia pernah beraksi untuk AS Roma selepas menyertai kelab itu pada 2015 dari Stuttgart. Rudiger kemudian menyertai Chelsea.

Ketika Frank Lampard menjadi pengurus, dia tidak berada dalam perancangan Lampard. Lampard malah meminta Rudiger mencari kelab baharu.

Ketika Tuchel menggantikan Lampard yang dipecat, Rudiger membangkitkan semula kariernya bersama Chelsea. Dia menjadi pemain penting Chelsea dalam kejuaraan UCL yang kedua dalam sejarah kelab itu.

Antonio Rudiger menjadi pemain penting kerana dia meningkatkan kehebatannya dalam aspek fizikal untuk berdepan pemain pemain di EPL dan pada masa yang sama kurang mengalami kecederaan seperti Thiago Silva.

Oleh sebab itu Rudiger dianggap pemain paling konsisten di pertahanan Chelsea sejak Tuchel mengambil alih.

Rudiger dibeli Chelsea dengan nilai £29 juta dari Roma pada 2017 dengan kontrak 5 tahun. Rudiger sudah beraksi 190 kali untuk Chelsea.

Selain Rudiger, Chelsea juga bakal kehilangan seorang lagi bek tengah iaitu Andreas Christensen yang kontraknya akan berakhir. Dia juga akan pergi secara percuma. Di mana Barcelona dikatakan sedang mendahului persaingan.

Juventus benar benar berminat dengan Rudiger. Ini kerana Bonucci dan Chiellini yang sangat berusia. Rudiger boleh menjadi gandingan jangka panjang bersama De Ligt.

Juventus baru sahaja tersingkir daripada Liga Juara Juara Eropah. Mereka sudah berikrar akan memperbaiki pasukan mereka untuk kempen musim hadapan.

Juventus sukar mendapatkan pemain dengan harga tinggi kerana isu hutang kelab yang sangat tinggi. Perpindahan percuma sekali lagi menjadi keutamaan kelab berpangkalan di Turin itu.

Selain itu, Juventus masih optimis akan bersama sama dengan Real Madrid dan Barcelona dalam projek Liga Super Eropah. Walaupun sebelum ini dianggap sudah mati. Namun 3 pasukan tersebut yakin mereka akan merealisasikan projek Liga Super Eropah yang ditentang UEFA dan FIFA.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan