TERKINI: Sadio Mane Teruja Mahu Sertai Chelsea

Wartawan Pedro Almeida melaporkan bahawa Sadio Mane semakin hampir menyertai Chelsea untuk musim hadapan.

Masa depan Sadio Mane di Bayern menjadi tidak menentu selepas insiden dia menyerang rakannya sendiri di Bayern.

Insiden itu membuatkan Mane didenda dan dikenakan penggantungan oleh kelab. Dengan penggantungan itu ditarik balik atas permintaan Leroy Sane.

Sadio Mane menyesali perbuatannya dan sudah meminta maaf secara terbuka.

Beberapa pemain Bayern kini dilaporkan memulaukan Sadio Mane.

Pemain itu kemudian berada dalam senarai untuk dijual oleh kelab. Walaupun hanya baru semusim menyertai Bayern dari Liverpool.

Mane menyertai Bayern selepas menerima tawaran gaji jauh lebih besar daripada tawaran baharu oleh Liverpool.

Selain itu Sadio Mane pada masa itu menyatakan dia mahu merasai cabaran baharu berada di liga Jerman.

Bayern menandatangani Mane selepas kelab itu gagal terpaksa melepaskan Robert Lewandowski yang minta dilepaskan ke Barcelona.

Mane bergelut dengan krisis prestasi dan disiplin

Namun begitu, Sadio Mane bergelut dengan prestasinya pada musim pertamanya di Bayern Munich. Ini ditambah dengan masalah kecederaan yang kerap melandanya.

Lebih memburukkan keadaan, Mane bertengkar dengan Leroy Sane dan mencederakan bibir rakan sepasukannya itu.

Ianya gara gara Sane melemparkan kata kata kesat ke arah Mane selepas tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan Mane di atas padang ketika aksi menentang Man City di Etihad dalam Liga Juara Juara Eropah.

Kelab mengambil tindakan ke atas Mane. Dan kemudian lembaga pengarah Bayern secara majoriti mengundi untuk melepaskan Mane pada jendela perpindahan akan datang. Kerana kecewa dengan sikap pemain itu.

Chelsea tawarkan Mane peluang kembali ke England

Chelsea menjadi kelab yang sangat berminat mendapatkan Sadio Mane. Walaupun terlibat kontroversi di Bayern, namun Sadio Mane dianggap pemain yang tidak pernah ada masalah sebelum ini.

Pedro Almeida dalam laporannya berkata: “Rundingan di antara Chelsea dan Bayer sedang berlangsung dengan sangat positif. Sadio Mane sangat teruja tentang kemungkinan kembali semula ke England.”

“Tawaran pertama telah pun dibuat oleh kelab Inggeris tersebut.”

“Chelsea kini menjadi pasukan pilihan untuk menandatangani bintang Senegal tersebut.”

Kehadiran Mane akan menguatkan lagi barisan serangan Chelsea. Dan ianya bakal memberikan persaingan kepada pemain seperti Raheem Sterling.

Sadio Mane memiliki karier yang luar biasa di England ketika bersama Southampton dan Liverpool.

Selain Sadio Mane, Chelsea turut mengintai khidmat winger Barcelona iaitu Raphinha.

Chelsea mendapat persaingan daripada Arsenal untuk mendapatkan pemain itu yang turut disenaraikan untuk dijual.

Baca yang lain