TERKINI: Saling Tuding Jari, David Moyes Berisiko Dipecat Kerana Huru Hara Dalam Pembelian Pemain

Isu perpindahan pemain di West Ham semakin bercelaru. Sebelum ini Moyes menyalahkan pengurusan tertinggi kelab kerana gagal membantunya mendapatkan pemain baharu.

Namun kini Sky Sports menyatakan pengurusan tertinggi pula bengang dengan Moyes kerana pasukan scoutingnya yang lemah.

Moyes diberikan kuasa untuk mengawal perpindahan pemain. Dan dia bekerja rapat dengan pengarah sukan kelab, Tim Steidten.

Moyes dan pengurusan tertinggi saling bertelagah dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Moyes diberikan dana sangat terhad walaupun dia sudah menjual Declan Rice £105 juta ke Arsenal.

Terbaru terdapat laporan, pegawai Moyes terpaksa mencari inisiatif mengiklankan pemain yang mereka mahukan di forum perpindahan pemain yang turut terdapat ramai ejen pemain di situ.

West Ham menyatakan dalam forum itu mereka mahukan CB, LB, DM, CM, AM dan winger. Dengan budget kelab maksimum £20 juta untuk seorang pemain.

Pengurusan tertinggi West Ham menuduh Moyes punca jendela perpindahan di kelab itu tidak teratur dan huru hara.

Moyes pula berpandangan sebaliknya. Dengan rasminya Scamacca yang berpindah ke Atalanta, keadaan menjadi semakin buruk buat West Ham yang masih banyak lagi kelompongan untuk mereka isi.

West Ham sebelum ini hampir berjaya mendapatkan Carlos Borges. Tinggal nak medikal sahaja lagi. Namun dipintas oleh Ajax.

West Ham kini dalam proses mendapatkan pemain Ajax, Edson Alvarez dan rundingan dikatakan positif.

Namun masih banyak posisi yang Moyes mahu isi.

Dia berminat dengan Scott McTominay dan Harry Maguire dari kelab lamanya, Man United. Namun Red Devils enggan menjual murah 2 pemain itu.

Moyes turut cuba memancing Conor Gallagher, Chelsea turut enggan menjual murah.

Bukan itu sahaja, West Ham cuba mendapatkan tanda harga Folarin Balogun, dan ternyata Arsenal meminta sekurang kurangnya £50 juta dan dianggap terlalu mahal oleh West Ham.

Moyes sangat kecewa kerana isu harga adalah ditentukan oleh pengurusan tertinggi yang memberikan kata putus.

Sementara pengurusan tertinggi pula membidas Moyes sebagai memiliki senarai sasaran yang sukar ditandatangani dan terlalu mahal.

Kini kelab akan menentukan nasib Moyes. Sama ada dia akan dipecat atau tidak.

Ataupun…

Mungkin juga pengarah sukan kelab Tim Steidten yang akan dipecat dan Moyes akan kekal. Jika pemilik kelab merasakan bahawa Moyes tidak harus bertanggungjawab di atas kegagalan dalam perpindahan kali ini.