TERKINI: Sancho Berdepan Tindakan Disiplin Daripada Ten Hag, Kelab Sokong Pengurus!

Outlet Manchester Evening News melaporkan bahawa Erik Ten Hag terkejut dengan kenyataan Jadon Sancho yang seolah olah melabel Ten Hag sebagai membuat pembohongan.

Sancho kemudian menyatakan bahawa dia sudah lama menjadi kambing hitam dalam Manchester United dan dia merasakan sangat tidak adil.

Ianya bermula apabila Ten Hag secara terbuka menganggap Sancho tidak menepati kualiti yang dia mahukan di latihan yang membuatkan pemain itu disisihkan daripada perlawanan menentang Arsenal.

Wartawan ingin tahu sama ada Sancho atau Scott McTominay tidak cergas untuk beraksi menentang Arsenal?

Ten Hag berkata: “Taklah, hanya Scott yang sakit. Dan Jadon [Sancho], kerana prestasi [tidak memuaskan] dia di latihan membuatkan kami tidak memilihnya pada aksi kali ini.”

Wartawan kemudian menegaskan bahawa bukankah sebelum ini Ten Hag memuji kualiti Sancho di sesi latihan. Adakah pemain itu mulai bermasalah disiplin?

Ten Hag menjelaskan bahawa: “Taklah! Kamu harus mencapai standard terbaik di Manchester United.”

Kenyataan Ten Hag itu kurang disenangi Jadon Sancho yang kemudian membidas kembali Ten Hag menerusi satu kenyataan rasmi secara peribadi.

Sancho berkata dia sudah lama menjadi kambing hitam. Dan dia yakin bahawa dia sudah berlatih untuk mencapai tahap tertinggi. Pasti ada alasan lain kenapa dia terusu disisihkan.

“Tolonglah jangan percaya dengan semua yang kamu baca! Saya tak akan membenarkan mereka menyebut perkara yang tidak benar sama sekali. Saya telah menjalani latihan yang sangat baik minggu ini.”

“Saya percaya ada alasan lain untuk perkara ini yang saya tak akan sebutkanya lebih lagi.”

“Saya telah menjadi kambing hitam sejak sekian lama, di mana ianya adalah tak adil.”

“Apa yang saya mahukan hanyalah bermain bola sepak dengan senyuman di wajah saya dan menyumbang kepada pasukan.”

“Saya menghormati semua keputusan yang dibuat oleh staf kejurulatihan, saya bermain dengan pemain pemain luar biasa dan sangat bertuah untuk melakukannya. Di mana saya tahu setiap minggu adalah cabaran.”

“Saya akan terus berjuang untuk lencana ini tidak kira apa yang berlaku,” luah pemain itu.

Kenyataan Sancho itu dianggap mengejutkan kerana dia seolah olah komen itu dibuat oleh media dengan meminta orang ramai tak mempercayainya. Sedangkan komen itu daripada tuan badan Ten Hag sendiri.

Kini Sancho berdepan dengan tindakan disiplin daripada kelab itu. Kerana kenyataannya dianggap sangat tidak patut.

The Guardian kemudian melaporkan Man United berdiri teguh menyokong Erik Ten Hag di atas apa sahaja tindakan dan keputusan pengurus itu.

Sokongan yang sama diberikan Man United ketika konflik antara Ten Hag dengan Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Sancho akan diminta memberikan penjelasan kepada kelab, Ten Hag dan rakan sepasukannya tentang kenyataan berani beliau itu.

Ini boleh menjadi pengakhiran kepada karier Sancho di Man United. Namun jika pemain itu meminta maaf di atas kelakuannya, keadaan mungkin boleh dijernihkan. Sama seperti ketika Lukaku meminta maaf di atas kesilapannya kepada Tuchel dan Chelsea dulu.