TERKINI: Sandro Tonali Digantung 10 Bulan, Newcastle Teruskan Tindakan Saman AC Milan?

Sandro Tonali dilaporkan sudah dijatuhi hukuman gantung 10 bulan kerana kesalahan judi bola sepak. Pemain itu turut diminta menghadiri kelas pemulihan daripada ketagihan judi yang teruk bersama sama dengan Nicolo Faggioli.

Kenyataan rasmi tentang hukuman itu bakal diumumkan dalam masa terdekat ini. Ianya tamparan yang hebat buat Tonali dan Newcastle.

Sebelum ini Newcastle sudah merancang mahu menyaman AC Milan jika pemain itu digantung kerana isu judi yang berlaku ketika Tonali menyarung jersi AC Milan.

Hal ini kerana, Newcastle mendapat tahu bahawa AC Milan sebenarnya terpaksa menjual Tonali kerana mengetahui pemain itu ketagih judi dan menunggu masa untuk kantoi.

Milan tidak mahu mengambil risiko dan itulah sebabnya mereka menjual Tonali dengan semudah itu dengan harga mampu milik.

Beberapa minggu lalu, Sandro Tonali akhirnya mengaku bahawa dia ada berjudi melibatkan pasukan yang dia sendiri bermain. Namun dia menegaskan bahawa dia akan sentiasa bertaruh bahawa AC Milan akan menang dan ketika dia tidak bermain.

Sebenarnya Sandro Tonali memang ada masalah ketagih judi yang kronik. Ejennya Riso berkata: “Sandro ada ketagihan judi yang kronik. Dia sedang bertarung untuk melawannya. Dan saya benar benar yakin dia akan menang dalam permainan yang sukar ini.”

“Dia masih lagi terkejut dan sedih sekali. Saya di sini mahu mengucapkan terima kasih kepada Newcastle kerana sentiasa menyokong Sandro. Dia berlatih seperti biasa dan boleh bermain pada Sabtu.”

Dia dengan dua lagi rakannya iaitu Fagioli serta Nicolo Zaniolo sebelum ini diarahkan menyerah diri kepada polis untuk soal siasat.

Nama Tonali mulai berada dalam senarai siasatan polis eelrpse Fagioli yang paling awal kantoi telah memetik namanya. Menurut Fagioli, dia berjudi kerana diperkenalkan oleh Tonali kepada satu aplikasi perjudian.

Korang mesti ada member jenis macam ni. Kantoi je terus tarik nama lain.

Dan ketiga tiga mereka sudah berbuat demikian pada minggu antarabangsa FIFA yang lalu. Di mana pasukan Itali melepaskan pemain yang terlibat daripada tugasan kebangsaan.

Fagioli sudah dijatuhi hukuman gantung 7 bulan dan dia turut menyalahkan emaknya sebagai punca dia terlibat judi selain daripada Tonali. Kerana ibunya memegang kad bank dan mengawal wang gajinya.

Itu menjerumuskan dia kepada beban hutang. Dia kemudian menyatakan Tonali mempengaruhinya dengan memperkenalkan dia kepada aplikasi judi haram.

Dengan pengakuan oleh Tonali itu, maka pemain itu kini berdepan dengan hukuman penggantungan yang panjang. Menurut Sky Sports, hukuman penggantungan itu sehingga 3 tahun. Namun kini dia dihukum 10 bulan kerana memberikan kerjasama.

 

Ejen Tonali berharap isu judi yang sedang hangat melanda pemain itu akan membantu pemain itu keluar daripada najis judi itu.

“Saya berharap isu yang berlaku hari ini akan menyedarkan dia dan membantu dia keluar daripada masalah judi ini. Dia masih muda. Dan kita mahu dia berjaya keluar daripada masalah ini. Sama juga dengan anak anak muda yang lain,” tegas Riso lagi.

Baca lagi: Gatti Antara Yang Disiasat Kes Main Judi Selepas Namanya Dipetik Fagioli, Ini Senarai Panjang Mereka

Fagioli sebelum ini memetik nama Sandro Tonali sebagai orang yang memperkenalkannya kepada aplikasi judi secara haram.

Fagioli ketika disiasat telah menyebut nama Gatti sebagai tempat dia meminjam wang untuk membeli jam untuk digunakan berjudi. Kemudian dia perlu membayar wang Gatti dan meminjam pula daripada Dragusin.

Dia tiada wang dalam tangannya kerana kad bank dipegang ibunya. Sebab itu dia buntu dan terus berhutang lagi.

Membuatkan hutang dia semakin banyak. Fagioli dalam siasatannya dikatakan turut mendedahkan beberapa rakannya yang lain turut berjudi.

Fagioli menyatakan kini hutangnya sudah meningkat sebanyak €3 juta dan mendapat ugutan daripada pemiutang. Mereka mengugut mahu mematahkan kakinya.

Dan selepas siasatan ke atas Fagioli, Federico Gatti pula disiasat kerana disyaki terlibat dalam perjudian haram.

Peminat mulai mengenang kembali satu own goal pelik dibuat Gatti sebelum ini. Dan mereka berkata ini bukan petanda yang baik kerana siasatan ke atas Gatti pasti akan melibatkan gol itu.

Juve baru memulakan perbincangan kontrak baharu dengan Gatti, dan ianya boleh terancam jika dia didapati bersalah.

Saksikan jaringan sendiri Gatti yang pelik itu di sini:

Hasil daripada siasatan kepada Fagioli membuka pekung lebih luas kepada pemain pemain lain yang turut terlibat dalam judi haram itu. Dan dianggap ianya barah dalam bola sepak Itali terutama sekali melibatkan pemain pemain asal Itali.

Ini senarainya:

Daripada senarai di atas ini, peminat terkejut dengan adanya penglibatan pemain Lazio dalam skandal ini. Mereka kemudian melihat setakat ini tiada pemain Milan yang dikaitkan dengan perjudian.

Tonali yang sedang disiasat merupakan pemain Newcastle. Dia disiasat selepas Fagioli menuduh dia sebagai punca Fagioli mulai terjebak dalam judi haram.

Nama El Shaarawy pun ada dalam senarai.

Seorang peminat berkata: “Patutlah AC Milan ‘tak suka’ dengan pemain Itali. Macam ni perangai korang.”

Oleh kerana Fagioli terus menyerah diri dan membantu siasatan polis, maka FIGC mengurangkan hukuman penggantungannya daripada 12 bulan kepada 7 bulan sahaja.