TERKINI: Santiago Bernabeu Bakal Jadi Venu Final Piala Dunia 2030

Santiago Bernabeu dilaporkan telah menewaskan Nou Camp untuk menjadi venue final Piala Dunia 2030. Dua venue tersebut dianggap calon utama untuk menganjurkan aksi final tersebut.

Namun FA Sepanyol atau RFEF sudah memutuskan bahawa Santiago Bernabeu adalah calon utama mereka ketika ini.

Sepanyol, Portugal dan Maghribi bercadang untuk menjadi penganjur bersama Piala Dunia 2030. Dan mereka diminta untuk mencadangkan venue aksi pembukaan dan venue final.

Sebelum ini nama Santiago Bernabeu dan Nou Camp menjadi pilihan. Dan 3 negara tersebut memilih Santiago Bernabeu sebagai gelanggang final Piala Dunia 2030.

Namun kata putus untuk perkara itu masih di tangan FIFA yang akan membuat penilaian akhir.

Sepanyol dianggap pilihan terbaik untuk menganjurkan aksi final. Sementara itu, Maghribi yang berdepan dengan sedikit masalah kewangan, sebelum ini dilaporkan mungkin terpaksa menarik diri.

Tetapi negara tersebut masih kekal optimis untuk menjadi penganjur bersama 3 negara. RFEF sudah mencadangkan nama Santiago Bernabeu sebagai gelanggang final Piala Dunia 2030.

Menurut Marca, hubungan baik antara Real Madrid dan FIFA dilaporkan menjadi kunci utama Santiago Bernabeu memenangi hak venue final Piala Dunia 2030. FIFA sangat senang untuk bekerjasama dengan pihak pengurusan stadium Santiago Bernabeu.

Harus diakui Real Madrid dan FIFA tidak sehaluan dalam beberapa perkara terutama sekali dalam isu Liga Super Eropah. Namun begitu FIFA masih lagi menganggap hubungan mereka dengan Real Madrid baik baik sahaja.

Terutama sekali, stadium itu baru sahaja selesai dibangunkan semula dengan teknologi yang serba moden. Santiago Bernabeu yakin bahawa mereka calon terbaik ketika ini.

Sebelum ini Mundo Deportivo melaporkan bahawa Nou Camp mungkin tidak akan menjadi venue untuk aksi besar Piala Dunia 2030 – melibatkan peringkat separuh akhir dan akhir.

Ini kerana aksi separuh akhir bakal diadakan di Portugal. Kini aksi final pula dianjurkan di Santiago Bernabeu. Mustahil untuk Portugal melepaskan hak penganjuran aksi separuh akhir kepada Sepanyol.

Maghribi masih berusaha mendapatkan hak untuk menganjurkan 1 lagi aksi separuh akhir.

Ramai peminat teruja mendengar berita Bernabeu menjadi venue final Piala Dunia 2030.