TERKINI: Selepas Keluarkan Kolasinac, Saliba, Kini Arsenal Berusaha Jual Ozil Dan Sokratis

Jendela perpindahan Januari Arsenal nampaknya agak sibuk dalam usaha mereka menyingkirkan beberapa pemain yang tidak dimahukan Mikel Arteta.

Setakat ini Arsenal sudah berjaya melepaskan dua pemain secara pinjaman, iaitu Sead Kolasinac ke Schalke dan William Saliba ke Nice.

Fabrizio Romano mendedahkan, Arsenal juga mendapat panggilan daripada Genoa yang mahu mendapatkan khidmat Sokratis Papastathopoulos.

Selain daripada itu, Arsenal berusaha untuk menjual Mesut Ozil secepat mungkin pada Januari ini.

Jika tidak, Arsenal akan melepaskan pemain itu secara percuma pada Jun hadapan.

Beberapa hari lalu Mikel Arteta menyatakan beliau membuka pintu kepada Mesut Ozil untuk kembali semula ke dalam pasukan utama.

Tetapi nampaknya itu tidak berlaku. Keutamaan Arteta dan Arsenal sekarang adalah mengeluarkan Ozil dari senarai gaji pemain mereka. Gaji semasa Ozil adalah £350,000 seminggu bermula Januari 2018 sehinggalah Jun 2021.

Namun ketika ini Arsenal berusaha sekali lagi memujuk Ozil untuk mencari kelab lain. Jika Ozil tidak mahu berpindah pada Januari, maka dia akan pergi secara percuma.

Ozil merupakan penerima gaji tertinggi di Arsenal, malangnya beliau gagal mendapat tempat dalam pasukan Unai Emery dan kemudian Mikel Arteta.

Lebih teruk, Ozil musim ini disisihkan daripada Liga Perdana Inggeris dan Liga Europa. Kali terakhir Ozil menyarung jersi Arsenal di atas padang adalah pada Mac 2020.

Arsenal sebelum ini cuba memujuk Ozil untuk mencari kelab baru dan menerima pemotongan gaji. Kerana tiada kelab sanggup ataupun mampu membayar gaji beliau yang terlalu tinggi.

Ozil ke Amerika ?

Ozil dilaporkan sedang berunding dengan kelab Major League Soccer iaitu DC United. Kelab Amerika itu menawarkan pakej lumayan kepada Mesut Ozil termasuk menjadikan jenama Ozil, M10 sebagai salah satu rakan niaga mereka.

Tawaran ini akan membolehkan Ozil meluaskan lagi publisiti produknya, terutama sekali di negara yang menjadi kuasa publisiti dunia.

Bukan itu sahaja, DC United juga akan membantu mempromosi jenama kopi Ozil iaitu 39 Steps Coffee di sekitar Stadium Padang Audi.

DC United juga berjanji akan menjadikan Ozil sebagai wajah utama pasukan mereka di stadium dan kompleks sukan mereka.

Ozil sebelum ini sudah berikrar beliau akan tetap kekal di Arsenal sehingga tamat musim ini.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai