TERKINI: Sentap BOD United U-Turn Tak Jadi Sertai ESL, Ed Woodward Letak Jawatan

Pengerusi kesayangan peminat Manchester United, ehh, owner Manchester United, Ed Woodward dilaporkan kecewa dengan keputusan BOD kelab yang u turn dalam penyertaan ESL.

Man United, Chelsea dan Man City dilaporkan sedang menyediakan dokumen untuk membatalkan penyertaan mereka dalam ESL. United dijangka akan mengumumkan secara rasmi perkara itu pada Jumaat ini.

Selepas mendapat protes dari kiri dan kanan, Manchester United dilaporkan menarik diri dari ESL. Kesannya, Woodward yang merupakan salah seorang tokoh yang mencetuskan idea gagasan ESL ini terasa hati dan sentap.

Perkara itu dilaporkan oleh TalkSport. Woodward merasakan mungkin dirinya sudah tidak diperlukan lagi selepas sekian lama menabur bakti.

Koresponden Fabrizio Romano yang here we go pun turut melaporkan perkara yang sama.

Namun Manchester United masih belum membuat kenyataan tentang perkara itu. Boleh jadi surat perletakan jawatan Woodward ditolak oleh keluarga Glazer yang menganggap Woodward sebagai nakhoda kepada perniagaan mereka.

Bantahan kepada ESL bukan sahaja dari peminat. Malah dari para pemain United yang dilaporkan terkejut kerana tidak dimaklumkan awal akan perkara itu.

Pengurus legenda Man United. Sir Alex Ferguson turut mengecam idea ESL. Kerana ianya terlalu bermotifkan wang dan menutup peluang pasukan kecil beraksi dalam kejohanan besar seperti mana yang ada pada UCL.

Liga Super Eropah adalah pertandingan yang akan menghimpunkan 20 pasukan. 15 pasukan termasuk 12 yang menjadi pengasas kepada liga ini akan diberikan jaminan beraksi setiap musim – kebal daripada penyingkiran.

Manakala 5 lagi adalah atas tiket jemputan berdasrkan merit prestasi mereka di peringkat domestik. Sebagai permulaan, ESL dilaporkan memberikan geran sehingga £310 juta kepada setiap pasukan yang melibatkan sekurang kurang £3.5 billion.

Perbincangan tentang ESL ini masih panas dan banyak bantahan diterima daripada penyokong dan juga persatuan bola sepak kebangsaan.

Aleksandr Ceferin menyifatkan usaha ‘puak pemisah’ ini sebagai memalukan dan seolah olah meludah ke muka semua peminat bola sepak. Selain itu, FIFA juga menyatakan pendiriannya menentang penubuhan ESL. FIFA menasihatkan UEFA dan ESL kekal tenang dan cuba mencari penyelesaian dengan cara berbincang demi kebaikan bola sepak sejagat.

UEFA malah mengancam untuk membatalkan penyertaan mana mana kelab dalam kejohanan domestik dan juga pertandingan UCL, UEL, Euro serta Piala Dunia.

Baca yang lain