TERKINI: Seorang Komando Melakukan Serangan Dengan Mesingan, Lebih 10 Terkorban

Seorang tentera di Thailand telah melepaskan tembakan ke arah orang awam di beberapa buah tempat termasuk sebuah pusat membeli belah, lalu melarikan diri.

Pusat beli belah tersebut dilaporkan lokasi terakhir penyerang bersenjata api itu sebelum dia melarikan diri.

Kejadian menggemparkan dunia tersebut itu, dilaporkan telah mengakibatkan 12 orang maut di tempat yang berbeza. Sementara itu ada ramai lagi yang cedera akibat daripada serangan tak bermoral itu.

Bangkok Post menyatakan mereka masih belum dapat mengenal pasti angka sebenar. Dan polis kini sedang giat melakukan siasatan dan juga mencari suspek.

Menurut sumber AFP, kejadian itu berlaku di Korat, Provinsi Nakhon Ratchasima.

Jurucakap polis, Krissana Pattanachareon, pihak polis telah segera mengosongkan pusat beli-belah tersebut dan sedang mencari suspek. Setakat artikel ini ditulis, beberapa laporan di Thailand menyebut bahawa suspek masih belum berjaya ditangkap oleh polis.

https://twitter.com/lattebbrook/status/1226120180616421378?s=19

Jurucakap yang sama itu juga mengesahkan bahawa pihak polis dan tentera telah dikerahkan untuk mencari suspek dalam operasi yang agak besar.

Berdasarkan sumber oleh CNN, suspek merupakan seorang komando dalam angkatan tentera Thailand. Dan dia telah menggunakan senjata jenis mesingan di dalam serangan bersenjata api yang dilakukannya sebentar tadi.

Aljazeera pula melaporkan bahawa identiti suspek bernama Sarjan Mejar Jakapanth Thomma.

Menurut Reuters, sebelum melakukan serangan yang tidak berhati perut tersebut, pada hari ini lelaki itu telah memuat naik status bertulis “tiada siapa dapat mengelak kematian” di akaun Facebooknya.

Laporan polis juga menyebut, pada mulanya dia pergi ke sebuah rumah di bandar itu dan menembak mati dua individu.

Dan kemudiannya, dia telah pergi ke tempat simpanan senjata di pangkalan tentera untuk mengambil senjata baru.

Di sana dia menembak beberapa orang lagi.

Keluar dari kem tentera tersebut, dia pergi ke beberapa tempat lagi termasuk tokong untuk menyerang menggunakan senjata.

Polis memaklumkan lelaki itu kini berada berhampiran sebuah kompleks membeli-belas dan setakat ini masih bebas, menurut Reuters lagi.

Negara Thailand merupakan negara yang memiliki penduduk yang ramai memiliki senjata api kerana dasar kerajaan mereka. Mereka adalah negara paling longgar akta senjata api di kalangan negara di Asia Tenggara.

Banyak kes serangan senjata api berlaku di Thailand. Namun untuk kes serangan bersenjata melibatkan tentera ke atas orang awam, ianya jarang sekali berlaku.

Ini mungkin kes paling berat melibatkan serangan tentera menggunakan senjata api ke atas orang awam di Thailand.

Semoga suspek akan dapat dibawa ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman berat yang setimpal di atas kesalahan berat yang telah dilakukannya.

Takziah juga diucapkan kepada keluarga mangsa dan mangsa serangan ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di