TERKINI: Sheikh Jassim Hantar Bidaan Rekod Dunia Untuk Beli United

Pengerusi Qatar Islamic Bank Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani telah mengemukakan bidaan rekod dunia untuk membeli kelab Liga Perdana Manchester United, menurut laporan terbaru.

Sheikh Jassim dan bilionair British dan pengerusi INEOS Sir Jim Ratcliffe dianggap sebagai dua pilihan utama untuk melengkapkan pengambilalihan sensasi United daripada keluarga Glazer.

Keluarga Glazer, yang mendedahkan pada November lalu bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk menjual United, dipercayai akan kekal dengan tanda harga sekitar £6 bilion.

Man United mempunyai tarikh akhir pukul 9 malam pada hari Rabu untuk pusingan terbaharu bidaan sebagai sebahagian daripada potensi penjualan kelab itu, dengan Sheikh Jassim kini menawarkan tawaran rekod dunia.

Menurut Kaveh Solhekol dari Sky Sports, pengerusi Bank Islam Qatar berusia 44 tahun itu menyerahkan bidaannya sebelum tarikh akhir ditetapkan oleh Manchester United pada pukul 9 malam.

Beliau menambah bahawa Sheikh Jassim, yang merupakan anak kepada bekas Emir Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, percaya ia adalah “tawaran terbaik untuk kelab, peminat dan masyarakat.”

Wakil Sheikh Jassim berada di Old Trafford minggu lalu sebagai sebahagian daripada rundingan yang berterusan di antara kedua dua pihak.

Sheikh Jassim yang memiliki Yayasan 92 yang diinspirasikan daripada Class of 92 Man United sedia melabur dalam pembangunan stadium, fasiliti pasukan, melabur dalam pasukan utama serta pembangunan akademi.

Beliau sebelum ini sudah menyatakan bahawa niatnya mahu menjadikan Man United sebagai sebuah pasukan yang benar benar digeruni sekali lagi.

Manakala peminat United zaman kanak-kanak Ratcliffe turut dilihat berada di Manchester United untuk rundingan tersebut.

Menurut laporan, Ratcliffe juga dijangka mengemukakan tawaran yang ditambah lebih baik dalam usaha menyaingi percubaan Sheikh Jassim mengambil alih United.

Bayaran rekod dunia semasa untuk sebuah kelab sukan adalah dicatatkan pada Jun lalu selepas Kumpulan Keluarga Walton-Penner, yang diketuai oleh pewaris Walmart Rob Walton, menyelesaikan pengambilalihan £3.71bn ke atas Denver Broncos.

Ratcliffe, yang sebelum ini cuba membeli Chelsea pada 2022 dengan harga £4.25 bilion, baru-baru ini mendakwa bahawa dia tidak berniat untuk membayar yuran “tak masuk akal” ataupun ‘bodoh’ untuk United.

“Bagaimana anda menentukan harga sebuah lukisan? Bagaimana anda menentukan harga rumah? Ia tidak berkaitan dengan berapa kos untuk membina atau berapa kos untuk mengecat,” katanya kepada Wall Street Journal.

“Apa yang anda tidak mahu lakukan ialah membayar harga bodoh untuk perkara-perkara kerana kemudian anda menyesalinya selepas itu.”

Baca yang lain