TERKINI: ‘Sidekick’ Mikel Arteta, Edu Gaspar Mahu Tinggalkan Arsenal

Edu Gaspar dilaporkan telah meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Sukan Arsenal. Edu Gaspar sebelum ini bertanggungjawab dalam memastikan perpindahan pemain di kelab itu menjadi lancar.

Dia juga dipuji kerana kemampuan untuk membantu Arteta dalam mendapatkan pemain yang disasarkan oleh pengurus itu. Dia dianggap sidekick kepada Mikel Arteta dalam usaha pengurus itu membentuk pasukan Arsenal yang berjaya mencabar kejuaraan dalam beberapa musim terakhir ini.

Hubungan baik Edu Gaspar dengan anak Stan Kroenke iaitu Josh Kroenke juga banyak membantu Edu untuk melicinkan urusan perpindahan pemain.

Menurut Daily Mail, Edu akan meninggalkan kelab itu. Dengan rundingan penamatan kontrak sedang berlangsung. Dan dia akan meninggalkan kelab itu secara rasmi dalam masa 24 jam ini,

Edu kembali semula ke Arsenal pada 2019, sebagai pengarah sukan kelab. Dia sebelum itu pernah bermain 129 perlawanan untuk Arsenal sebagai pemain, ketika era Wenger.

Edu membantu membawa pemain seperti Martin Odegaard dan Declan Rice.

Menurut laporan, dia Pengarah Sukan yang sangat rapat dengan Arteta. Sentiasa berada  di kompleks sukan kelab itu dan bertemu dengan pemain.

Edu menjadi Pengarah Sukan muda  yang dianggap berbakat besar. Peminat Arsenal terkejut dengan laporan pemergian Edu sebagai Pengarah Sukan.

Peminat juga mahukan kepastian, sebab utama di sebalik keputusan Edu mahu meninggalkan Arsenal.

Dan mereka merasakan bahawa ini akan memberikan impak kepada Mikel Arteta.

Dengan reputasinya di Arsenal, Edu pastinya tidak akan ada masalah untuk mencari pasukan lain selepas ini.