Singapura mengesahkan bahawa dua pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 pada pagi Sabtu (21 Mac) akibat komplikasi berkaitan wabak.
Ianya adalah rekod kematian pertama yang berlaku di negara Republik tersebut kerana Covid-19.
Seorang wanita Singapura berusia 75 tahun dengan sejarah penyakit jantung kronik dan tekanan darah tinggi meninggal pada jam 7.52 pagi.
Dia telah dimasukkan ke Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID) pada 23 Feb kerana mengalami radang paru-paru dan disahkan mempunyai Covid-19 pada hari yang sama.
Wanita itu yang telah berada di unit rawatan intensif sejak mengalami komplikasi yang serius. Dia meninggal dunia selepas 26 hari di ICU, kata kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura.
Pesakit kedua adalah warga Indonesia berusia 64 tahun yang dimasukkan dalam keadaan kritikal untuk rawatan intensif di NCID pada 13 Mac.
Setelah pesakit tiba di Singapura dari Indonesia pada hari yang sama. Dia disahkan mempunyai virus pada hari berikutnya.
PM @leehsienloong expresses condolences over country's first #COVID19 deaths, says Singaporeans "must brace ourselves for more losses" https://t.co/zMQh3hzziW https://t.co/F0EqRA1w0i
— CNA (@ChannelNewsAsia) March 21, 2020
Sebelum ketibaannya, dia telah dirawat di Indonesia untuk pneumonia dan mempunyai sejarah penyakit jantung.
“Kami sangat sedih dengan pemergian mereka, kami bersimpati dengan keluarga mereka dalam masa yang sukar ini.”
“Kami akan memberikan bantuan yang diperlukan kepada keluarga mereka,” kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada hari Sabtu.
“Saya faham bahawa rakyat Singapura akan terjejas oleh berita ini, tetapi kita mesti berani dan terus memainkan peranan kita untuk melawan virus ini.”
Pada hari Jumaat (20 Mac), Singapura mengesahkan 40 kes baru Covid-19, menjadikan jumlah pesakit yang dijangkiti di sini meningkat kepada 385.
Singapore reports first two Covid-19 deaths: a 75-year-old Singaporean woman and 64-year old Indonesian man https://t.co/927Vv7Fvt8
— The Straits Times (@STcom) March 21, 2020
Bercakap kepada pemberita di Kementerian Kesihatan pada pagi Sabtu, Gan mengulangi bahawa langkah-langkah prosedur kebersihan dan kesihatan yang telah diumumkan mesti diikuti.
“Kita semua perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan diri kita dan keluarga kita selamat,” katanya.
“Kita mesti kekal bersatu, bekerjasama, saling menyokong, saling menjaga antara satu sama lain. Dengan cara ini, dengan semangat tetap bersama ini, kita akan dapat mengatasi dan melawan jangkitan Covid-19.”
Dalam satu kiriman di Facebook selepas dua kematian diumumkan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menghantar ucapan takziahnya kepada keluarga pesakit.
“Apabila kita dilanda lebih banyak kes Covid-19, lebih ramai pesakit akan memerlukan penjagaan ICU, dan kita mesti mempersiapkan diri kita untuk lebih banyak kehilangan selepas ini.”
“Pekerja penjagaan kesihatan melakukan yang terbaik untuk menjaga pesakit mereka,” kata PM Lee.
“Setakat ini, 131 daripada 385 kes telah discaj, kebanyakannya bertambah baik secara beransur-ansur.”
“Kerajaan sedang berusaha untuk melambatkan penyebaran virus itu, tetapi semua orang perlu menyokong dan mematuhi langkah-langkah yang telah kami tetapkan,” katanya lagu.
“Kita mesti bekerjasama untuk memastikan diri kita, keluarga kita, dan Singapura selamat.”
Sejak kebelakangan ini, sebahagian besar pesakit baru di Singapura adalah kes yang digelar diimport dari luar melibatkan mereka yang kembali dari luar negara.
Termasuk juga mereka yang merupakan pemegang pas jangka panjang dengan sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, negara Asia Tenggara lain, dan bahagian-bahagian lain di Asia.
Di samping kawalan sempadan yang ketat, pengesanan intensif ke atas contact, kuarantin dan pengasingan rumah yang ketat.”
Kerajaan juga telah melaksanakan langkah-langkah arahan kepada setiap orang agar menjarakkan diri pada jarak selamat, terutama sekali melibatkan warga emas.
Semua acara dan perhimpunan dengan 250 atau lebih peserta akan digantung sehingga 30 Jun akan datang.
Sementara penggantungan semua aktiviti sosial untuk warga emas oleh agensi kerajaan akan dilanjutkan selama dua minggu lagi hingga 7 April.