TERKINI: Sir Alex Antara Yang Kekal Sokong Ole

Masa depan Ole Gunnar Solskjaer kini sedang hangat dibincangkan. Semalam pengurusan tertinggi Man United membuat mesyuarat tergempar tanpa membawa Ole Gunnar Solskjaer di dalamnya.

Sekaligus menguatkan spekulasi bahawa pengurusan tertinggi menilai opsyen untuk memecat pengurus itu selepas kekalahan memalukan di tangan Liverpool.

Antonio Conte antara calon yang sudah dihubungi oleh Man United walaupun tidak ada tawaran rasmi dibuat. Namun Conte sudah menyatakan bahawa beliau sedia menyertai Man United.

Walaupun ianya agak bercanggah dengan prinsipnya yang tidak suka mengambil tugasan di pertengahan musim.

Untuk kelab seperti United, Conte sedia melakukannya kerana dikatakan beliau melihat kualiti pemain yang dimiliki Man United cukup bagus.

Samuel Luckhurst melaporkan bahawa hasil pertemuan tergempar itu akan membawa kepada kesediaan lembaga pengarah untuk membuat keputusan memecat Ole.

Namun begitu terdapat laporan menyatakan bahawa bukan semua lembaga Pengarah mahu Ole dipecat. Malah masih ramai yang menyuarakan sokongan kepada Ole.

Ini kerana menurut mereka Ole baru sahaja mendapat pemain bintang seperti Varane, Sancho dan Ronaldo. Beliau sedang berusaha untuk menyesuaikan pemain pemain itu dengan taktikal pasukan.

Dan terbaru, Fabrizio Romano pula menegaskan bahawa satu perbincangan sulit dan tertutup dibuat pada Isnin membincangkan masa depan Ole selepas prestasi buruk dalam beberapa perlawanan terutama sekali menentang Liverpool.

Orang orang penting dalam ahli lembaga pengarah kelab termasuk Sir Alex Ferguson antara yang menyokong bahawa Ole harus dikekalkan dan diberikan peluang mengendalikan pasukan menentang Spurs selepas ini.

Tetapi tekanan masih memuncak pada Ole selepas prestasi buruk Man United bulan lalu.

Berkenaan dengan Conte, sumber yang sama menyatakan bahawa, Man United masih belum membuat sebarang rundingan rasmi. Conte sangat terbuka dan sedia untuk menyertai Man United pada bila bola masa. Malah Fabrizio Romano membayangkan bahawa, Conte akan mendatangani kontrak serta merta jika United menawarkannya dalam beberapa hari ini.

Agak ironi kerana sebelum ini Ole menyindir Sir Alex dengan menyatakan bahawa sekarang ini dia [Ole] adalah pengurus. Dan kini mentornya itu juga yang kekal berdiri menyokongnya.

Ini gara gara Ole tak puas hati dengan muat naik IG oleh Khabib Nurmagomedov. Sedangkan petarung itu cuma memuat naik status berbentuk peribadi.

Dedah Padangan Ferguson Tentang Ronaldo, Khabib disekolahkan Ole: “Saya Pengurus Manchester United”

Ole Gunnar Solskjaer tampil menjawab kritikan ke atasnya kerana meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan ketika menentang Everton.

Malah Ole membayangkan bahawa akan melakukan perkara serupa di masa akan datang walaupun pemain itu cergas sama sekali.

Man United agak bergelut dengan prestasi dalam beberapa perlawanan sebelum rehat antarabangsa. Dan mereka diikat 1-1 oleh Everton.

Walaupun Ronaldo beraksi dalam perlawanan tersebut sebagai pemain gantian, namun jelas sekali Ronaldo tidak gembira duduk di bangku simpanan serta menunjukkan kekecewaannya ketika wisel penamat.

Keputusan Ole untuk tidak menurunkan pemain utama mereka, Cristiano Ronaldo, kurang disenangi ramai peminat.

Malah Khabib Nurmagomedov mendedahkan bahawa Sir Alex Ferguson sendiri tidak gembira dengan Ole Gunnar Solskjaer yang meletakkan pemain bintang utama di bangku simpanan.

Sir Alex Ferguson berkata kepada Nurmagomedov: “Kamu harus sentiasa turunkan pemain terbaik kamu di kesebelasan utama.”

Solskjaer diajukan persoalan tentang kritikan tersebut terutama sekali daripada Ferguson.

Dan Solskjaer berkata: “Saya adalah pengurus United,” mengingatkan wartawan bahawa dia orang yang berkuasa menentukan sesiapa sahaja yang akan bermain atau disimpan di bangku simpanan.

“Saya yang menguruskan pemain pemain di kelab ini.”

“Ronaldo pemain luar biasa, pemusnah yang hebat, penjaring gol dan profesional yang tiada tiandingannya,” kata Solskjaer dalam sidang media aksi EPL hujung minggu ini.

“Sangat sukar untuk membuat keputusan untuk menyisihkannya daripada aksi berbanding dengan mahu melihat dia beraksi di atas padang.”

“Apa kata kamu pulak? Boleh tak kamu bermain 6 perlawanan dalam 6 hari dengan kesebelasan utama yang sama.”

“Ianya pasti hebat, tapi kita perlukan penggiliran. Kita perlukan pasukan, di mana semua pemain menyerlah sehingga April ke Mei.”

Solskjaer kemudian mengecam tindakan Khabib yang menurutnya, tidak sepatutnya menghebohkan pandangan peribadi yang dikatakan Ferguson kepadanya.

Di mana post Khabib tentang pendapat Ferguson itu mendapat perhatian lebih 30 juta pengikut Khabib.

Ole berkata: “Saya sangat tenang tentang perkara itu, tentunya. Dan ianya agak tak patut untuk menyiarkan perkara seperti ini [perbualan Khabib dengan Sir Alex] kepada umum.”

“Kamu sentiasa akan ada pandangan dan bercakap tentangnya dengan orang lain dengan keyakinan.”

“Saya tidak bersetuju dengan bos [Fergie] dalam beberapa perkara. Dan saya memberitahu isteri saya tentang apa yang saya tak setuju dengan dia, namun saya tak pernah jadikannya tajuk berita. Sir Alex tahu, perkara ini tak akan mengganggu saya.”

“Kita semua mahu melihta Cristiano, kerana dia seorang yang unik, berbeza dengan yang lain.”

“Dia memiliki karier yang hevar dan seumua orang datang untuk melihatnya.”

“Namun dia faham sama sekali tentang kerumitan pekerjaan ini, begitu juga dengan bos. Dia [Sir Alex Ferguson] pun tak menurunkan kesebelasan utama yang sama.

“Dia pun sentiasa mengambil risiko ketika memutuskan untuk merehatkan Ryan Giggs, Wayne Rooney atau David Beckham, pemain pemain terbaik yang kami ada. Kadangkala ianya berhasil, kadang kadang tu tak.”

Baca yang lain