Tottenham Hotspur kini mempertimbangkan untuk menjual Son Heung Min. Ini kerana pemain berada pada tahun akhir kontraknya.
Son Heung Min yang merupakan kapten Spurs adalah penyerang prolifik pasukan tersebut.
Son Heung-min sudah bermain untuk Spurs selama hampir 10 tahun sejak menyertai kelab itu pada 2015 dari Bayer Leverkusen.
Dia kini menjadi antara penyerang terbaik di EPL. Menjaringkan 169 gol dan 60 assist dalam 428 penampilan untuk Spurs selama 10 musim setakat ini.
Banyak rekod yang dipegang Son Heung Min termasuk pemain Asia dengan rekod jaringan terbanyak. Dia juga berada di tangga ke-18 pada masa ini dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di EPL.
Kontrak semasanya akan berakhir pada Jun 2025. Dengan pemain itu masih belum melanjutkan kontraknya di Spurs.
Spurs masa ada opsyen untuk menawarkan kontrak setahun kepada Son. Namun ia bergantung kepada persetujuan pemain itu. Spurs berharap Son akan melanjutkan kontrak setahun lagi dan kemudian berusaha menjualnya.
Spurs juga cuba mengintai peluang untuk menjualnya pada Januari ini jika ada tawaran yang baik.
Ada banyak kelab dikaitkan dengan Son termasuk Man Uniteed, Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid, dan juga kelab Turki Galatasaray.
Harry Kane sebelum ini juga pernah menyatakan bahawa dia kalau boleh mahu membawa Son bersamanya di Bayern. Namun pada ketika ini Bayern tidak menunjukkan sebarang minat untuk membeli Son Heung Min.