TERKINI: Tawaran Bayern Untuk Dapatkan Kompany Terlalu Rendah, Kata Burnley

Vincent Kompany dan Bayern Munich sudah mencapai kesepakatan verbal untuk kontrak.

Di mana Kompany dan staf kejurulatihannya sudah berada di Munich untuk rundingan akhir dengan kelab gergasi Jerman itu.

Kompany tiada masalah untuk menerima sebarang syarat daripada Bayern Munich. Kerana dia benar benar berminat untuk mengendalikan Bayern.

Ia dianggap tawaran mungkin sekali seumur hidup untuk pengurus baharu itu. Kompany ketika ini merupakan pengurus Burnley.

Dia dan Burnley menamatkan saingan di tangga ke-19 dalam EPL musim 2023/24. Namun Bayern menilai Kompany sebagai tactician yang bagus.

Memandangkan sebelum ini Bayern cuba mendapatkan Xabi Alonso yang memegang falsafah permainan berintensiti tinggi. Alonso mahu terus kekal di Bayer Leverkusen selepas membantu kelab itu menjuarai Bundesliga buat pertama kali dalam sejarah kelab itu.

Kompany memiliki reputasi sangat baik sebagai tactician ketika di Anderlecht dan juga ketika Burnley di Liga Kejuaraan.

Ketika di EPL, Kompany sukar bersaing dengan kualiti yang lebih tinggi. Scouting di Burnley kurang membantu beliau mendapatkan pemain yang benar benar sesuai dengan taktikal dan liga.

Kini dia bersedia mendapatkan sokongan lebih baik di Bayern. Burnley sedia melepaskan pengurus itu dan membenarkan dia berunding dengan Bayern.

Selepas ditemuduga di Bayern, Kompany berjaya meyakinkan kelab itu bahawa dia individu yang tepat untuk mengendalikan gergasi Jerman itu.

Namun masalah kini timbul. Setelah Kompany berada di Munich, Burnley meletakkan harga €20 juta untuk pengurus itu.

Bayern menawarkan hanya €10 juta untuk pengurus tersebut. Angka yang diminta Burnley itu dianggap terlalu tinggi dan tak munasabah.

Sementara itu Burnley menganggap tawaran Bayern terlalu rendah.

Namun begitu Bayern masih berharap rundingan ini akan dapat diselesaikan dan cuba menawarkan tawaran lebih baik yang mungkin hampir dengan €20 juta diminta Burnley.

Mereka mungkin akan mencapai kesepakatan pada titik tengah sekitar €15 juta?

Ini ditambah dengan Bayern benar benar mahukan pengurus baharu dilantik pada minggu ini bagi menyiapkan pasukan pada pra musim ini selepas kempen yang suram pada 2023/24.