TERKINI: Todd Boehly Mahu Bawa Ronaldo Ke Stamford Bridge

Nama Cristiano Ronaldo memang akan sentiasa menjadi perhatian. Kini tumpuan lebih kuat kepadanya kerana ramai ingin tahu tentang masa depan pemain itu pada Januari ini.

Ianya selepas komen panas Ronaldo tentang kelab dan Erik Ten Hag dalam wawancara bersama Piers Morgan baru baru ini.

Ronaldo malah mendedahkan bahawa Manchester United mengkhianatinya. Dengan ada beberapa orang di dalam kelab yang mahu melihatnya berambus dari kelab itu.

Ronaldo berkata: “Man United memaksa saya pergi. Bukan sahaja pengurus, tetapi juga orang di sekeliling kelab. Saya rasa dikhianati.”

Selain itu Ronaldo turut menembak Erik Ten Hag sebagai tidak menghormatinya dan dia tidak akan menghormati pengurus itu lagi.

Ronaldo sudah sedia menanggung akibat daripada wawancara tersebut. Dia kelihatan mahu menamatkan kerjasama dengan kelab itu sekali lagi. Satu ketika dahulu dia pernah mendesak perpindahan ke Real Madrid dan meninggalkan Manchester United.

Ronaldo kembali semula ke Manchester United selepas dia mengakui turut menerima tawaran daripada Manchester City.

Ronaldo mengakui Sir Alex Ferguson antara orang yang menghalangnya daripada berpindah ke City. Selain daripada kata hatinya yang mendorongnya ke Manchester United, memikirkan legasi dan hubungannya dengan peminat di United.

Dengan masa depannya di Man United sudah tentu berakhir selepas kontraknya tamat akhir musim ini, Ronaldo juga dilihat boleh meninggalkan kelab itu lebih awal, pada Januari 2023.

Man United malah mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak pemain super star itu lebih awal daripada kontraknya.

Kini Chelsea datang kembali untuk Cristiano Ronaldo.

Kelab yang pernah dikaitkan dengannya pada jendela perpindahan musim sebelum ini.

Ronaldo pernah meminta dijual ke kelab yang bermain di UCL. Dengan Chelsea antara kelab yang berminat dengan Ronaldo.

Chelsea bangkitkan semula idea dapatkan Abang Do

Todd Boehly peminat tegar Cristiano Ronaldo. Pernah menyatakan minatnya untuk mendapatkan pemain itu selepas pertemuan dengan ejen Ronaldo iaitu Jorge Mendes.

Mendes turut menawarkan Ronaldo ke beberapa kelab lain. Di mana Manchester United dikatakan tidak mendapat tawaran yang benar benar serius untuk Ronaldo.

Todd Boehly menilai kepentingan Ronaldo dari aspek permainan bola sepak dan juga publisiti kelab itu, terutama sekali di Amerika Syarikat.

Namun idea perpindahan itu tidak disukai Tuchel. Kerana Tuchel tidak suka dengan cerita Ronaldo di Man United yang dilihat cuba menjadi lebih besar daripada pengurus dan kelab.

Selain itu, Tuchel juga dikatakan rapat dengan Ralf Rangnick. Dan Tuchel tidak gemar dengan cara Ronaldo dengan Rangnick.

Ianya antara titik tolak kepada keretakan hubungan Tuchel dan Todd Boehly. Di mana beberapa bulan selepas itu Tuchel dipecat.

Kini Chelsea diuruskan Graham Potter. Boehly mungkin boleh meyakinkan pengurus itu untuk mendapatkan Ronaldo memandangkan serangan Chelsea agak tumpul ketika ini. Chelsea tidak ada no.9 yang benar benar konsisten mencetak gol.

Ronaldo dilihat solusi terbaik mereka. Dan pemain itu boleh memperkuatkan Chelsea untuk pusingan kalah mati UCL yang akan bersambung semula selepas itu.

Masih perlukan persetujuan Potter

Tetapi laporan lain pula menyebut, Graham Potter masih tidak memberikan persetujuannya tentang idea mendapatkan Ronaldo.

Seterusnya, Manchester United juga dikatakan sedia menamatkan kontrak Ronaldo atau melepaskan pemain itu pada Januari 2023 dengan syarat dia tidak menyertai pesaing langsung kepada United di Liga Inggeris. Kini Chelsea adalah pesaing United untuk perebutan ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Ronaldo kini sedang bersama skuad kebangsaan Portugal dalam misi memburu kejuaraan Piala Dunia yang pertama dalam sejarah negara mereka.

Ronaldo tampil dalam Piala Dunia kelima beliau di dalam sejarah.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan