TERKINI: Trippier Mahu Sertai Bayern Munich

Kieran Trippier dilaporkan telah memendekkan cutinya untuk membolehkan dia berpindah pada Januari.

Trippier berminat untuk menyertai Bayern Munich yang dikatakan mahu membelinya. Minat yang ditunjukkan Bayern Munich itu benar benar menarik perhatian Trippier.

Pemain antarabangsa England itu, sebelum ini pernah beraksi di Sepanyol. Dan sedia untuk merasai pengalaman bermain di Jerman pula.

Newcastle perlu menjual beberapa pemain mereka untuk mengimbangi akaun FFP kelab itu. Namun Trippier bukanlah pemain yang dalam senarai mahu dijual itu.

Newcastle sebaliknya terbuka untuk menjual bintang lain seperti Alexander Isak, Bruno Guimaraes dan Sven Botman.

Trippier yang sepatutnya berada di New York bersama keluarganya, telah kembali ke England untuk memudahkan perpindahan ke Bayern Munich jika Newcastle mahu menjualnya.

Newcastle sudah memberitahu Bayern bahawa kapten mereka itu bukan untuk dijual kecuali Bayern menawarkan harga tidak masuk akal yang sukar ditolak.

Selain itu Trippier juga sudah memberitahu Eddie Howe bahawa dia gembira untuk kekal ataupun dijual.

Bayern tidak mahu berbelanja terlalu besar pada Januari. Selepas mereka membayar sekitar €100 juta untuk membeli Harry Kane pada musim panas lalu.

Trippier adalah pemain yang diminati oleh Thomas Tuchel. Kerana dia memiliki kualiti permainan dan kepimpinan yang tinggi.

Walaupun Newcastle tidak mahu menjual pemain itu namun Florian Plattenberg mendedahkan bahawa rundingan ini masih lagi boleh direalisasikan.

Newcastle mahukan Bayern membeli pemain itu secara tetap atau memasukkan klausa beli tetap wajib sekitar €14 juta pada akhir musim. Itu antara syarat rundingan kali ini.

Eddie Howe pastinya keberatan melepaskan pemain itu. Sebelum ini Howe melabel Trippier sebagai pembelian yang paling berbaloi.

Dan menjadikan pembelian itu sebagai penanda aras kepada pembelian yang bagus. Mereka berharap akan berjaya melakukan transaksi seperti itu lagi di masa akan datang.

Hal ini kerana Trippier berjaya membantu menaikkan kualiti permainan pasukan dengan sangat baik.

Kieran Trippier juga merupakan pemain kesayangan peminat di St James’ Park. Kerana dia memberikan komitmen luar biasa setiap kali beraksi di atas padang.